"Urachal Cancer" adalah sejenis kanser yang melibatkan pundi kencing. 'Urachus' adalah struktur yang wujud semasa pertumbuhan di dalam rahim yang menghubungkan pusat dan pundi kencing. Sambungan ini biasanya hilang sebelum lahir, tetapi pada sesetengah orang ianya masih kekal wujud. Kanser Urachal biasanya di diagnosis di kalangan orang dewasa 50-an dan 60-an dan ianya boleh terbentuk pada dome atau anterior wall di bahagian pundi kencing, di sepanjang garis tengah badan (termasuk pusat), dan antara 'pubis symphasis' (sambungan antara tulang kiri dan kanan di bahagian kemaluan yang terletak di bahagian hadapan pelvis) dan pundi kencing.
Ia melibatkan pundi kencing tetapi bukan lah sejenis "Bladder Cancer" (Kanser Pundi Kencing) dalam kebanyakan kes. Ia berlaku pada nisbah kira-kira satu orang per sejuta setiap tahun dan berbeza-beza mengikut geografi.
Sumber: National Cancer Institute
Kebanyakan kanser urachal adalah adenokarsinoma (kanser yang terbentuk daripada sel-sel kelenjar). Jenis lain yang wujud adalah seperti sarcomas (yang terbentuk daripada tisu penghubung - seperti leiomyosarcoma, rhabdomyosarcoma, dan malignant fibrous histiocytoma), small cell carcinomas, transitional cell cancer, dan mixed neoplasias.
Urachal Cancer boleh wujud selama beberapa tahun tanpa apa-apa gejala atau simptom. Namun, kebanyakan individu yang menghidap kanser urachal mempunyai gejala hematuria (darah dalam air kencing). Gejala-gejala lain mungkin termasuk sakit perut, jisim perut yang ketara, mucinuria (lendir glycoprotein dalam air kencing) dan bacteriuria (wujud bakteria dalam jumah tertentu dalam air kencing). Rawatan biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang kanser.
Nota: Ini merupakan kefahaman dari orang awam yang tiada background medical term. Sebarang kesilapan mungkin wujud di dalam penterjemahan dan fahaman mengenai penyakit ini. Info ini boleh diperbetulkan atau berubah dari masa ke semasa.
Kadang-kadang aku google pasal penyakit, susah betul nak faham. Nak cari penerangan dalam bahasa melayu punya la payah. Asyik jumpa english dan paling tidak pun bahasa indonesia. Oleh sebab itu, aku pun study sikit-sikit dan cuba terjemahkan melalui sumber yang aku dah mentioned di atas sebab curious pasal penyakit ini.
^_^ Sebarang salah faham dan pembetulan oleh yang lebih pakar boleh di perbetulkan melalui ruang komen.