Kawan-kawan rapat aku semestinya mengikuti perkembangan aku. Since kecil, muka aku tak ada masalah jerawat atau jeragat, freckels semua tu. Start aku form 2, aku mula pakai krim
"Fair n Lovely". Sesuai dengan kulit,
no problem.
Dari dulu lagi, ramai jugak kawan-kawan aku yang puji muka aku flawless tak ada masalah jerawat. Tapi flawless tak semestinya cantik, cuma dulu aku tak perlu nak concern 'nak pakai pencuci muka apa sesuai', 'nak pakai krim malam', 'nak cari serum', benda-benda macam tu. Aku memang tak perlu fikir.
Antara gambar latest. (2017)
Masa umur 17 tahun. (2007)
18-19 tahun. Memang tak ada masalah kulit muka. (2009)
Tahun 2 di universiti. (2010)
Tahun 3 di universiti. (2011)
Final year di IPTA. (2011-2012)
So, aku keluar just pakai bedak talkum ataupun compact powder. Tepek-tepek cikit, jalan. Masalah aku bermula sejak aku mula berjinak dengan mencuba facial. Sebelum facial tu sendiri sebenarnya, muka aku dah ada unsur-unsur jerawat tapi memang tak banyak. Seketul, dua ketul dalam masa sebulan. Lebih kurang macam tu lah.
Sesiapa yang pernah duduk universiti, mesti selalu lepak dengan kawan-kawan. Sometime, ada promoter datang promote produk. Dulu aku pandang enteng je sebab aku tak banyak masalah muka, duit pun tak banyak nak hantar dekat butik kecantikan. Hahaha. Tapi ada sekali tu, aku try dengan kawan aku. Dia pun tak ada masalah kulit. Tapi kitorang saja nak try sebab MURAH. Dia buat diskaun,
so sekali facial dalam RM30.
Ok what. Sebab aku pun nak try je. Membazir. Teringin nak orang usap-usap muka.
Aku perasan lepas facial tu la muka aku membuat perubahan. Jerawat
start berjinak dekat muka secara berkala. Mula-mula bahagian dahi, lepas tu bahagian pipi. Start aku masuk Tahun 4 dekat universiti, muka aku dah mula tumbuh jerawat-jerawat. Ada yang kecik, ada yang besar. Macam-macam saiz. Kadang-kadang diorang buat perkhemahan unit beruniform dekat atas muka aku. Sekelompok dekat dahi (aku namakan dia tunas puteri), segerombolan jerawat dekat pipi (ini mesti pengakap sebab ramai). Haisshh. Aku dah try macam-macam masa tu tapi budget limited sebab student. Tak mampu lah nak
try produk harga beratus. Then, aku try pakai "Nivea for Men". Bole tahan, menjadi jugak la. Masa tu aku macam ada konfius dengan identiti diri sekejap. Hahah!
Selepas graduate. (2012)
Jerawat dah tutup dengan compact powder pun nampak lagi.
Perkhemahan jerawat yang makin giat. (2012-2013)
Muka dah start tak flawless. (2012-2013)
Tapi lama kelamaan, tak lut dah. Aku ada try produk-produk yang mak aku suggest tapi still tak ada effect. Lepas graduate degree, muka aku sama je. Jerawat tetap membiak secara berkelompok. Aku jadi stress. But then, ada sedara aku datang promote produk amway. So, aku amik vitamin C dan guna produk kecantikan muka such as pencuci muka, scrub, krim tu semua. Dalam sebulan lepas tu, memang ada perubahan positif pada muka, sebab produk ni menggunakan bahan natural jadi dia ambil masa nak nampak perubahan. So, aku pun teruskan.
Breakouts start masa aku interview untuk position engineer dekat Johor. Aku menumpang rumah kawan aku tapi lupa bawak pencuci muka. Aku pun nampak sabun badan jenis cecair Dettol. Haha!
Guess what. Aku dengan selamber nya guna untuk cuci muka. Sebab muka berkilat berminyak dan tak selesa. Punya la confident, sebab apa, aku fikir masa kecik-kecik dulu pakai sabun badan dekat muka okey je. Miahahaha~
But please never be a stupid mangkuk like me. Ini lah permulaan kepada kegagalan muka aku.
Lepas tindakan bangang menggunakan Dettol dekat muka.
Jerawat berpusu-pusu mencari ruang kosong nak tumbuh.
Muka masa baru-baru nak breakouts. Eh. Perempuan ni boleh senyum lagi tu. Berani betul.
Esoknya lepas guna sabun tu, aku macam, eh, eh muka aku macam menggerutu. Kenapa eh? 'Kau boleh tanya lagi kenapa kan'. So, aku pun terfikir, sebab sabun Dettol tu ke? Oh dem. Aku dah mula cuak, risau semua. Aku balik rumah lepas habis interview, gerutu-gerutu tu dah muka bertukar jadi jerawat. "Aku dah agak!' Memang petanda tak baik dari awal. Eh kau gila, kau pakai sabun Dettol kat muka, kau expect apa? Kalau orang cakap aku bangang pun aku memang mengaku je sebab aku ade sifat-sifat tu, kadang-kadang je lah. Heehee.
Horror sangat muka aku masa tu, aku serius bertambah stress. Daripada nak okey jadi makin teruk. Aku pakai produk-produk amway tapi nampaknya tak jalan jugak. Aku tak menangis tapi aku stress. Aku dah muka fikir yang tak akan ada lelaki nak terima aku dengan muka aku macam tu. Aku taknak keluar rumah, tak nak jumpa kawan-kawan. Ada sekali tu aku bawak mak aku pergi KL sebab ade wedding invitation dari sedara-mara. Dengan muka yang menggerutu tu, aku follow jugak. Then, ada seorang makcik, dia salah seorang sedara aku tapi aku tak berapa kenal. Dia puji aku cantik, muka macam mix arab katanya. Aku senyum dengar makcik tu cakap tapi dalam hati aku macam nak meraung! Tapi dari muka makcik tu, aku nampak dia puji ikhlas bukan sebab perli. Makcik, makcik tak tengok lagi muka saya sebelum semua ini terjadi makcik. Dulu, muka saya tak macam ni. Tapi pepatah dulu-dulu orag tak pakai dah. Orang akan judge
current state kita.
Masa dekat KL, aku try satu klinik pakar kulit dekat Jalan TAR atas suggestion kawan aku. Aku try pegi Klinik Sachdev. Masa tu aku datang awal, jadi tak ramai sangat orang. Aku dah prepare duit cash dalam lebih kurang RM300 in case mahal sangat. Doktor tengok muka aku, dia rileks je, maybe sebab dia dah biasa tengok Yang tak rileks nye adalah aku. Aku tanya, muka aku boleh baik tak? Dia pun bagi kata-kata yang mampu menenangkan aku. Dia prescribe ubat untuk aku.
Masa dekat kaunter, total bayaran dalam RM160 macam tu. Dia bagi aku pil makan dua jenis untuk anti-biotics, cecair pink yang function macam bedak sejuk, pencuci muka acne-aid (jenama Stiefel), Clindamycin (untuk sapu pada bahagian jerawat). Then, aku pun guna kesempatan tu jalan-jalan dekat area Jalan TAR tengok-tengok baju. Masa balik, muka aku pedih. Maybe sebab faktor aku jalan-jalan dekat tempat yang berhabuk dan tak bersih. Aku pakai ubat yang doktor bagi, serius pedih gila. Macam nak menangis. Muka aku bengkak, rasa acam kebas sekejap. Aku cakap aku taknak pakai lagi la yang doktor bagi tu, sebab makin sakit. Sekali makcik aku call tanya update, aku pun cerita bla..bla..bla.. Dia marah. Dia suruh aku pakai je ubat doktor bagi. Sakit dan pedih tu sebab dia nak membunuh kuman. Bebelan dia tu masuk dalam kepala aku, aku pun teruskan pakaimasa dah balik ke rumah.
Seminggu selepas try ubat doktor bagi. (2013)
Lepas beberapa hari, aku perasan tak ada jerawat tumbuh lagi dekat muka. Just tinggal parut-parut jerawat yang nak kering. Aku happy gila masa tu. Sebab aku takut jerawat tu takkan berhenti membuat kemunculan sampai lah aku tua. Tapi nampaknya askar-askar dia mula berundur. Aku
keep on pakai ubat-ubat doktor.
Then, aku dapat kerja dekat tempat yang aku
interview sebelum ni, Johor. Masa aku masuk, confident level aku low gila. Sebab muka aku. Aku tak yakin. Parut jerawat banyak lagi. Aku rasa aku tak cantik. Orang mesti taknak kawan dengan aku sangat. Tapi nasib baik masa aku masuk tu, sememangnya aku dah ada kawan yang bekerja dekat situ. Jadi, aku tak ada masalah dalam bersosial masa mula-mula masuk kerja.
Makin ok lepas rajin guna ubat doktor.
Selepas beberapa bulan.
Tinggal parut-parut.
Aku teruskan ubat doktor selama beberapa bulan. Ubat makan aku dah habiskan (hanya untuk dua minggu). Aku pakai pencuci muka dan gel jerawat. Bila habis, aku cari dekat farmasi ubat yang sama. Aku terus pakai produk tu dalam setahun lebih. Tapi tiba-tiba sepupu aku cakap pencuci muka yang aku pakai tu tak halal. Ah sudah. Bila aku check, terbukti. Hampeh. Jenuh aku cari produk lain yang sesuai. Nasib baik aku try produk yang
similar dengan pencuci muka Stiefel tu dekat farmasi tak ada masalah. Aku cari yang spesis-spesis acne-aid jugak lah.
Bila kondisi dah much better. (2013)
Masih akan ada jerawat-jerawat yang tumbuh (2014)
Lepas-lepas tu aku ada try sabun hijau 'Marine Essence' dan muka aku compatible dengan produk Hai-O tu. Aku pakai beberapa bulan jugak, tapi muka aku akan jadi kering sikit. Ada seorang kawan aku ni muka dia agak bermasalah dengan jerawat. Lepas beberapa bulan aku tengok dia, muka dia dah bersih. Dia cakap pakai Cetaphil (untuk oily skin). Sebab dia pakai yang Cetaphil biasa tapi tak effective. Jadi, aku pun gedik jugak nak try, ternyata berkesan! Jerawat cepat kering dan kulit muka tak kering sangat compare dengan sabun Marine Essence. Jadi aku pun bertukar produk. Sampai sekarang aku still pakai Cetaphil untuk oily skin. Mahal woo. Nanges*
Masih ada kawasan-kawasan yang membiak jerawat tapi masih terkawal.
Sebotol, normal harga RM60 boleh dapat dekat Watson, Guardian, farmasi. Tapi aku akan beli time offer. Baru-baru ni aku beli dua botol dekat watson dengan harga RM70+ buat stock.
Lepas guna produk-produk ni, aku tak katakan yang muka aku flawless tapi lebih baik dari sebelum ini. Jerawat tetap muncul terutama bahagian dagu. Aku tak faham kenapa suka muncul dekat situ. Pencuci muka Cetaphil dan Clindamycin mampu mengecutkan jerawat je. Kadang-kadang dia membuat kemunculan dekat hidung dan pipi sikit-sikit. Aku masih lagi mencari solution untuk dapatkan kulit yang lebih baik. Sebab, jerawat-jerawat ni menyebabkan aku tak selesa nak pakai make-up, foundation, compact powder.
Maka, melihatkan muka kakak ipar aku yang semakin flawless berbanding dulu, aku try apa yang dia makan. Produk Forever Living. Oleh kerana budget aku limited, aku consume yang penting sahaja. Jadi, aku ambil Pomesteen & Absorbent-C. Lepas aku makan lebih kurang 3 minggu, aku dapat rasakan perubahan. Jerawat dah berhenti muncul. Kulit aku makin kurang berminyak. Kadang-kadang aku usap kulit muka aku, rasa makin licin. Hahaha. Happy sangat. Kawan-kawan dan sedara-mara pun perasan perubahan muka aku. Kalau tak, muka aku maintain je ade jerawat walaupun seketul dua.
Masani muka okey sekejap. Sebab rajin minum air lemon detox kot?
Dan masa ni rajin jogging. (2016)
Sebelum ni, serius aku susah sangat nak percaya produk-produk sebab aku dah try macam-macam sebelum ni. Penat. Tapi yang Pomesteen ini sangatlah aku rasa perubahan dia. Kakak ipar aku buatkan facial muka aku guna produk kecantikan dari Forever masa kitorang bercuti dekat Lexis Hibiscus bulan 3 yang lepas. Makin licin kulit aku. Jakun sangat kot. Tapi, aku masih stick dengan Cetaphil sebab aku selesa pakai pencuci muka dia. Malas nak banyak-banyak produk.
So, sekarang ni aku just pakai pencuci muka Cetaphil (Oily skin), makan Pomesteen & Absorbent-C (Forever Living). Aku tak ada pakai apa-apa yang lain lagi. Ini pun dah cukup. Alhamdulillah, compare dengan muka aku yang dulu, aku bersyukur aku jumpa produk yang sesuai dengan kulit muka dan membantu muka aku lebih flawless. Semoga usaha ini berkekalan. Betul lah, nak jadi cantik memang kena ada usaha dan modal.
2017. Bahagian dagu yang ada kes pertumbuhan jerawat tinggal parut.
Dulu aku tak rasa benda-benda ni semua, aku tak perlu fikir nak pakai produk apa, susah payah cari produk. Lepas Allah dah datangkan ujian dekat aku, baru aku faham perasaannya orang-orang yang berusaha untuk kulit muka mereka sebab aku dah pernah merasa berada dekat tempat mereka. ^_^ I feel u.