Quantcast
Channel: Farahin.
Viewing all 114 articles
Browse latest View live

Miss me....?

$
0
0
Wohooo.... berzaman tak update blog.. maaf la ye ai terlalu busy.. tak boleh bayang macam mana instafamous dan retis serta diva manage masa mereka.. ada masa nak berangan mahligai indah macam aku tak eh? Eh?!

Sebelum ni aku agak busy dengan interview-interview kerja dan percutian bujang aku. Tp in sha Allah aku memang akan update the whole detail story dalam masa terdekat ni. 😚 Walaupun aku tak pasti siapa je yang suka nak baca cerita aku. Cuma aku anggap ni macam sorta diary lah konon-nya. 😋 Ahah.

Nantikan update seterusnya ye. ☺️


You will be missed, Kak Husna.

$
0
0
Dah sangat lama aku tak update blog. Mungkin tu lah namanya laman sesawang.

Lately aku busy dengan kehidupan yang baru nak 'set up'. Memang ada niat nak update tapi tak ada nafsu. Hahaha. Tapi tujuan aku update blog hari ini bukanlah untuk berkongsi kisah happy aku mahupun update perkembangan kehidupan aku yang sebenarnya banyak je untuk diceritakan.

Tapi malam ni aku rasa sayu sangat. Sedih. Aku ceritakan serba sedikit sebabnya.

Masa aku sambung study dalam bidang Master by Research, aku mengenali seseorang yang dikenali sebagai Kak Husna. Kak Husna berasal dari Acheh, Indonesia. Beliau satu lab dengan aku. Walaupun aku tak begitu rapat dengan Kak Husna tapi kadang-kadang aku bertegur sapa dan berbual memandangkan kitorang di bawah supervision lecturer yang sama.

Kak Husna merupakan seorang lecturer di Universiti Acheh dan sambung PhD di lab yang sama dengan aku di fakulti dan universiti yang sama. Beliau seorang yang gigih, sangat. Selepas dua tahun menyambung PhD, beliau kena semput masa conference dekat dalam Malaysia. Bertungkus lumus lecturer-lecturer terlibat membantu termasuk supervisor aku. Sampai masuk ICU hospital berdekatan. Then, Kak Husna balik ke negara asal dan tangguhkan pengajian selama setahun. Tapi, lepas setahun, Kak Husna datang Malaysia semula untuk teruskan PhD yang tertangguh. Ramai yang ingatkan Kak Husna akan give-up tapi tidak. Dalam tempoh tu, Kak Husna berkahwin dan tak lama dikurniakan seorang anak perempuan.

Sepanjang menyambung PhD, Kak Husna yang pandai memasak and memang suka memasak kadang-kadang ambil tempahan untuk memasak jamuan macam bakso atau nasi ayam penyet. Serius masakan Kak Husna memang sedap. Lecturer selalu tanya resepi dekat Kak Husna dan even student-student lain pun. Kadang-kadang anak perempuan Kak Husna sakit. Tapi Kak Husna masih berusaha dengan PhD.

Tapi selepas 6 tahun, viva Kak Husna tak memberikan keputusan yang baik. Kak Husna kena re-viva dan bayar yuran untuk re-viva lebih kurang RM2000. Tak pasti macam mana Kak Husna uruskan semua tu sebab kewangan Kak Husna bukanlah kukuh masa sambung belajar kat Malaysia. Suami pun kerja mana yang mampu. Dengan anak yang sakit lagi. Tapi Kak Husna masih teruskan. Viva yang kedua, Alhamdulillah Kak Husna lulus dan berjaya siapkan thesis. Beliau happy sangat. Baru-baru ni, 26 September 2017, beliau selamat melahirkan bayi lelaki dengan sihat dan lagi bakal berkonvo hujung bulan October ini.

Tapi tadi aku dikejutkan dengan berita kehilangan Kak Husna secara mengejut. Dari sumber yang aku dapat, katanya Kak Husna tidur dan tak bangun. Doktor sahkan Kak Husna koma dan tak lama lepas tu meninggal dunia. Ya Allah. Aku terkejut sangat. Kenapa sekarang?

Di saat semuanya perfect. Hasil titik peluh arwah yang ingin di rai kan. Kegembiraan menyambut cahaya mata kedua. Dan kejayaan pulang semula ke negara asal untuk meneruskan khidmat sebagai pensyarah. Semuanya dah cantik sangat tapi Allah jemput arwah sekarang. Aku serius terkejut dapat berita ni. Tak dijangka. Dan begitulah kehidupan kita. Tak semuanya akan berjalan lancar seperti yang kita harapkan. Allah ada perancangan yang lebih baik.


Sumber: Facebook Arwah



Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan dan kehilangan ini. Anak-anak yang masih kecil dan segulung PhD yang kehilangan pemiliknya. Begitu juga universiti yang kehilangan sorang pensyarah yang bersedia untuk berkhidmat semula. Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Sesungguhnya kegigihan Kak Husna menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar lain. You will be missed, Kak Husna. La Tahzan.

5 tempat makan menarik di Putra Heights. I'm just a noobies.

$
0
0
Setelah sekian lama tak menulis atas sebab-sebab mood berlari-lari anak meninggalkan diri ini, blog aku kosong seperti sky juice yang di order dekat mamak Anuar Maju.

Nasib lah boss tak marah sebab blog macam sarang labah-labah dah ni. 

Sesungguhnya hari ini adalah hari yang bosan di mana aku dah layan movie hindustan ketiga untuk hari ini, Badshah. Hobi aku memang suka repeat cerita dah tengok. Yep, aku memang membosankan.

Tapi tiba-tiba aku nak tutup cerita Badshah dekat lappy & bukak lagu 'Surat Cinta untuk Starla' by Virgoun.

Maklumlah kan, insan tengah di lamun cinta memang macam ni. Ok, aku tepek link sini. Sebab aku nak korang pun feeling layan lagu weekend ni. Bhahaha ~



Rasa awkward pulak aku nak menaip blog. Nak cerita ape eh? Otak tengah kosong ni. Idea pun taknak beranak sekarang pulak. Kalau masa kerja tengah banyak dekat office, kemain mencurah idea cam air terjun dekat foodcourt Sogo tu ha. 

Kerja aku dekat tempat baru ok je. Boss baik, officemate pun semua baik belaka. Environment not bad. Sebelum aku terima offer untuk kerja dekat tempat kerja aku sekarang, aku ada dapat dua offer kerja yang lain which aku mengalami dilema untuk memilih. Sebab aku takut aku tersalah pilih. Last-last aku taram je memana dan aku pilih berdasarkan environment office sekeliling. Aku pilih yang paling tak jammed sekali iaitu Putra Heights. The other offer dekat Ampang (area TBS) dan Philleo Damansara. Semua good offer dan aku appreciate sangat, tapi aku perlu memikirkan stress aku nak hadap setiap hari, aku pilih kawasan populasi kurang padat penduduk. 

Sini, Putra Heights memang area yang best. Jalan besar, kemudahan not bad walaupun bukan bandar pesat. Bagi aku area sini sesuai lah untuk keluarga. Petang-petang ramai orang jogging, bawak anjing jalan-jalan. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku dapat menyewa bilik yang jarak 2 km dari tempat kerja, housemate pun baik-baik. So, aku tak kisah bayar sewa lebih sikit sebab aku dah jimat dekat petrol dan toll. Sebelum ni aku menumpang dekat rumah pakcik makcik aku kat Ampang, tapi ulang alik 35 km sehala buat aku berbuih jugak la. Hari-hari aku buat dosa mencarut dalam kereta. Perempuan kan emosi sikit bab driving. Kan?? 

Ye lah, aku dari Skudai, Johor pastu kena move ke Selangor area. Aku macam ada perubahan suasana takut ter'shock' plak nanti dengan area baru, tak suka kawasan jammed. Tapi, Alhamdulillah la kena belajar berdikari hahaha ! Adapt je la kan. Learn

Oleh kerana aku baru setahun jagung dekat area Putra Heights ni, jadi aku macam noobies yang baru nak berjinak dekat kawasan padat populasi. Untuk tidak membuat korang bosan dengan cencoret aku yang entah ape ape ni, aku suggest la ape yang best dekat Putra Heights ni. 

Of course la aku nak suggest tempat makan. Perut boroi harus di isi setiap hari. 

Kat kawasan Putra Heights ni tak kurang dengan cafe hipster. Tapi aku suka nak share berdasarkan pengalaman aku sendiri je. Aku kongsi review kedai makan yang aku dah pernah try je okaih!



Alamat: No. 17G, Jalan Putra Mahkota 7/6b, Putra Point Commercial Centre, 47650 Subang Jaya, Selangor

Phone: 03-5103 9250

Aku baru try sekali cafe ni. Environment dia nice, cozy, selesa. Ada provide mini surau untuk customer solat, ada telekung jugak. Last time aku datang time maghrib, so tiada masalah nak solat. 
Aku order burger homemade & partner aku order spaghetti. Nama menu-menu tu aku da macam memory loss sikit. Tapi ape yang aku nk highlight, makanan dia sedap. Aku memang ada plan nak datang lagi tapi entah bila. Padehal sejengkal je dari rumah. Aku ada snap gambar jugak tapi kemalasan platipus aku menyebabkan aku malas nak selongkar balik. Tapi kan, partner aku yang cerewet bab-bab makan tahap jula juli bintang 3 tu boleh habiskan spaghetti dia & dia cakap cafe ni sedap which is aku macam, "Wow, dia makan habis, and dia cakap sedap'. This is rare. Haha! So, uols boleh try. Selera makhluk ni lain-lain, better try sendiri lah. 


Alamat:  No. 1, Jalan Putra Permai 10/1e, Seksyen 10 Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor 


Wohooo, ini kedai feveret aku kalau nak order masakan panas. Asal balik keje je aku menyinggah sini order dinner. Kadang-kadang layan perasaan makan sensorang, tapi selalunya tapau bawak balik je. Apa yang best kat sini? Most of them aku suka. Nasi goreng seafood, nasi putih daging masak kicap, tomyam, sup daging, sup tulang, tauhu bakar, chicken chop. Semua just nice je. Portion makanan dia banyak dan sedap. Sebab tu aku prefer cafe ni. 


Alamat: No. 1, Jalan Putra Mahkota 7/6c, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor

Specialize dia adalah Mee Bandung. Nama pun Mee Bandung famous amos dari Muar kan. Asyik-asyik orang dok sebut Mee Bandung Muar bla bla bla... Yezzaa, sila lah try restoran ni. Untuk tekak aku yang tak version cerewet sangat ni, bagi aku Mee Bandung dia mencapai kata sepakat tekak dan lidah aku. Perut aku jugak bersepakat la mengatakan rasa dia sedap. Tapi dia ada serve menu-menu lain, western pun ado. Last time aku try sup dia, not bad. Menu lain belum nak try lagi. Cumanya, partner aku yang cerewet tu review nasi goreng dia memerlukan improvement. Masa tu aku makan okay je. Dia memang skema sikit pasal makanan ni. So, abaikan. 


Alamat: No. 16, Jalan Putra Mahkota 7/6a, Puchong Permata 2, 47650 Subang Jaya, Selangor

Aku baru sekali je try makan sini. Masa aku lalu-lalu dulu, aku ingat restoran ni mahal gila la, tapi bila dah try, oh not bad la. Chicken Chop yang aku makan RM14, Chicken Grill RM15. Ada menu-menu outstanding lain yang aku belum try. Hakak office aku cakap burger dia sedap, next time aku nak try lah kot. Sini provide western menu. Goreng-goreng macam tak hado pulak. Sos dia sedap. Aku recommend Chicken Grill dia. Chicken Chop yang aku try last time kurang memuaskan sikit sebab dia goreng agak hitam dan berminyak sikit. Kalau datang masa lunch hour, dapat free air teh o ais limau. :) Good offer. Environment dia pun best. Selesa dan santai. 


Alamat: Putra Heights First Floor, No 11, Giant Hypermarket Putra Heights, Persiaran Putra Perdana, 47650

Restaurant ni dalam Giant Putra Heights. Aku dah beberapa kali makan sini. Aku suka dia punya Chicken Chop, Sizzling. Kalau datang masa lunch hour dia provide free air teh o atau sirap. Harga pun not bad la. Style-style kopitiam camtu. Environment dia pun best. Santai je cuma nampak la orang lalu-lalang dalam Giant. Jangan nak expect environment senyap sunyi la, nak senyap pegi makan kat library, takkan nak halau orang datang Giant. 


Sekian aku punye suggestion yang nubis ini. Sebenarnya ade tempat makan lain lagi aku nak suggest tapi aku penat la menaip. Jari aku macam dah kremm ni. Gambar pun aku malas attach. Mohon kasi aku berehat. Nanti aku share lagi. Miahaha ~ Maafkan hamba. 

Chaloo ~








Aku, Demam & MC.

$
0
0
Sesungguhnya amatlah malas untuk aku menghapdet blog yang dah bersawang. Tapi aku gigihkan juga curi waktu bekerja untuk menaip. Oleh kerana workload tengah tak banyak, mood cuti tahun baru cina masih berkumandang. Tak sabar nak tunggu next cuti. 

Ape yang nak aku kongsikan kali ni? Aku pun taktau ape je manfaat yang aku boleh share kat korang. 

Sebenarnya demam aku baru je nak baik ni. Semalam aku datang keje, aku dah macam biol-biol, kepala pening. Pastu aku decide pegi la jumpa doktor sebab konon nak MC lah kan. Rasa nak tido, badan sengal, kepala pun rasa panas je. 

So, aku memilih Klinik Bandaran Alam Megah sebagai pilihan untuk mendapatkan ubat. 
Sampai je kat sana, ade dua org lagi tengah que. Ok la tak ramai sangat. Sebab aku dah pernah pegi klinik ni, letak IC je. 

Doktor klinik ni Indian. Agak berumur. Namanya Dr Sadandan. Dari perwatakan doktor ni, sangat polite dan berpengalaman. Apa yang best, aku suke sebab klinik ni dia pakai old skool punye barang untuk check. Dia pakai termometer merkuri instead of digital termometer. Blood pressure pun dia check guna yang old skool tu, ape tah nama dia, picit2 nanti benda merah kat penyukat tu naik. Tak ada la pakai mesin pam tu. Mesin pam tu sakit gile kot dia tekan lengan aku. So, semalam suhu aku 34 darjah celcius. Dia bagi MC dan ubat-ubatan. 

Doktor ada pesan, kalau lusa tak ok lagi demam, kena check darah sebab sekarang musim demam denggi. Aku cakap, kalau ade bintik -bintik merah la kan baru denggi. Doktor kata, tak perlu bintik-bintik pun bole jadi je denggi. Aku dah macam seriau. Jangan la sakit kronik tu. 

Lepas check, aku tunggu la ubat dan MC. Kena bayar dalam RM60 je. Tak mahal pun. Ok la. Dapat ubat alahan/selsema (Antamin), Ubat demam (paracetamol), ubat batuk dengan antibiotik. 

Kesimpulannya, Klinik Bandaran ni so far so good la tempat aku nak datang kalau ada masalah kesihatan. Doktor dia memang sesuai jadi doktor, work by passion giteww. 

Aku pernah pegi beberapa klinik lain, doktor muda, lelaki. Hmmm. Tak sure la nak cakap ape, tapi memang bagi aku, tak gembira la nak datang lagi melainkan terpaksa je. 

So far aku baru try pegi Klinik Nadi Iman (Alam Megah) & Poliklinik Sentral (Putra Heights). Bole la tapi macam tak berbaloi. Mahal tapi servis tak best, ubat pun biasa je. 

Klinik Bandaran ni, dia akan tanya simptom-simptom lain kalau kita demam. Kerap kencing ke tak. See? Nampak tak berpengalaman tu. Kalau klinik lain, nan hado. Dia check-check pun ala kadar. Tak ada bagi advice sangat. Tak banyak tanya masalah lain. Kalau ada pun, dia tanya, ade masalah susah bernafas tak? Haaaa. Emmm.. bagi aku tak best.. taktau la kalau orang lain suka macam tu kan. 


Sekian, pengalaman aku yang demam setiap bulan. Aku dah macam, "ala aku demam lagi ke...". Sebab dah selalu sangat demam. Haih. Doakan la aku cepat sihat ye kawan-kawan. 



Mahu menjadi founder untuk produk jenama sendiri? Jom kenal dengan Saudagar Herba.

$
0
0

..Assalammualaikum..

Sekian lama blog ni terbengkalai dek kerana aku komited sangat bekerja. Oh my. 
Jadi sekarang aku ada satu benda menarik nak share di sini. Korang semua mesti ada keinginan untuk mencipta produk berjenama sendiri kan? Pernah tak terfikir? Selalu nampak founder-founder produk makin berjaya mencipta nama dengan produk yang dikeluarkan sendiri. Teringin tak?

Sebenarnya diorang semua bermula dari produk kecil-kecilan.

Jadi di mana nak bermula?
Macam mana orang cari kotak dan botol untuk produk semua?
Macam mana orang tentukan bahan dalam produk tu?
Nak buat bahan pakai formula apa?
Kalau dah ada idea untuk produk, mana nak cari kilang yang buat produk macam ni?
Mana nak dapatkan kelulusan KKM lagi?

Uishh. Runsing jugak la kalau nak keluarkan produk ni, banyak benda nak kena tentukan.

Benda ni memang selalu aku terfikir. Siapa lah aku ni nak keluarkan produk sendiri. Lepas malas nak fikir, aku teruskan usaha makan gaji lah. Habis cerita…

Tapi tiba-tiba aku tergerak nak buat satu research macam mana nak buat produk sendiri sampai lah aku terjumpa tentang ZyPhyto. So, selepas membuat research pasal ZyPhyto dan apa yang ditawarkan, rasa macam satu peluang yang terbentang luas. Rupanya tak susah untuk kita bermula mengeluarkan produk berjenama sendiri asalkan kita ada idea produk apa yang nak di jual dan tentunya dengan bantuan ZyPhyto, impian anda tidak akan jadi mustahil lagi.

Nah! Jadi sekarang, aku nak share info ni dan kita nak fokus pada satu pakej berpatutan yang mampu milik untuk mereka yang berminat nak mengeluarkan produk berjenama sendiri.

Dengan modal serendah RM3,000, korang boleh meletak jenama pada produk yang sedia ada! Yang paling best, barang-barang yang disediakan semua ready stock. Okaih nanti kita cerita lebih lanjut pasal pakej ni, bagaimana, di mana nak dapatkan pakej tak masuk akal ni.

Aku pilih pakej ni sebab pakej ni antara pakej yang memerlukan modal paling kecil. Banyak lagi pakej-pakej lain yang ditawarkan bergantung pada kemampuan dan keinginan individu tapi sebab pakej ni paling menarik perhatian untuk mereka yang baru nak bermula dan berjinak-jinak. Iye lah, kena lah tengok marketing dulu macam mana. Luas ke tak permintaan, ambil masa nak iklankan produk, jadi mula lah dengan kecil-kecilan dulu. 

Tapi sebelum tu, korang semua kena kenal dahulu syarikat yang mampu merealisasikan impian korang iaitu ZyPhyto Holding Sdn Bhd.                                



Dikenali sebagai King of OEM, ZyPhyto di tubuhkan oleh Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly. Setelah 10 tahun berkecimpung, mereka memiliki kilang sendiri yang menyediakan pelbagai pakej menarik untuk mereka yang berminat untuk memasarkan produk sendiri.



ZyPhyto merupakan syarikat 100% bumiputera yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan yang berdaftar. Ditubuhkan sejak tahun 2007, ZyPhyto telah berkembang dan memiliki 9 buah anak syarikat dalam pelbagai bidang. Antara anak syarikat di bawah ZyPhyto Holding Sdn Bhd ialah:


  • ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd
  • ZY Cosmetic Sdn Bhd
  • ZY Academy Sdn Bhd
  • ZY Printpack Sdn Bhd
  •  ZY Phyto East Coast Sdn Bhd
  • ZY Phyto Northern Sdn Bhd
  • ZY Herbal Science Sdn Bhd @ Saudagar Herba
  • Yayasan Qaseh ZY Phyto
  • Emily’s Cattery

Selalunya kalau ada orang share info macam ni, mesti korang ragu-ragu. Eh? Ade sijil halal ke? Lulus KKM ke? Korang semua tak perlu rasa was-was sebab ZyPhyto mempunyai akreditasi HALAL, pengiktirafan ISO, Amalan Pengilang Baik (GMP) yang dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Kat bawah ni senarai sijil-sijil ZyPhyto yang didaftarkan dan anugerah-anugerah yang diterima ZyPhyto. Bukan calang-calang syarikat tau!




Semua anak syarikat di atas memainkan peranan tersendiri tapi untuk entri kali ini, iols nak ceritakan tentang ZY Herbal Science Sdn Bhdatau dikenali sebagai Saudagar Herba.

Saudagar herba ni menjual ekstrak herba, makanan dan bahan-bahan aktif. Anak syarikat ini juga ada menyediakan servis OEM produk kesihatan dan kecantikan serendah RM3,000 yang iols ceritakan tadi dinamakan Pakej Chomey. Inilah dia yang korang perlukan. Bajet rendah tapi dah boleh keluarkan produk label sendiri. Haa.. korang nak letak muka korang kat produk tu pun boleh. Penuhkan satu botol dengan muka korang, tiada masalah. Tapi kalau orang takut nak beli, jangan pelik lah. 

Pakej Chomey ni di ilhamkan Puan Sharifah Ameelia Akma yang merupakan Pengarah Eksekutif ZY Phyto Holding Sdn Bhd sejak tahun lepas (2017). Pakej ni memang ditawarkan khusus untuk mereka yang bercita-cita nak menceburi bidang perniagaan sektor kecantikan dan kesihatan tapi mempunyai masalah-masalah yang aku cakap tadi, masalah modal, masalah pembuatan bahan dan masalah tak tahu nak mula dari mana.



Setelah dua tahun sejak dperkenalkan, memang banyak sambutan dari orang ramai yang berminat menceburkan diri dalam bidang ni. Produk yang ditawarkan melalui Pakej Chomey merupakan produk penjagaan kulit, kosmetik dan makanan yang terdiri daripada jus, serbuk dan teh uncang. Haa. Bole pilih tau nak yang macam mana.

Jadi, bahan-bahan yang disediakan ni di import dari luar negara untuk memastikan produk yang dihasilkan eksklusif, unik dan bukan senang untuk di tiru. Iye lah, nanti ada je bahan tiruan la, produk tiruan la, lagi-lagi bila perniagaan kita dah berkembang nanti. Pelanggan-pelanggan Saudagar Herba ramai yang dah berpuas hati dengan kualiti dan keberkesanan produk dan memberi feedback positif.

Jom kita tengok apa produk yang ditawarkan dalam Pakej Chomey ni.

Makanan

  • Jus
  • Powder
  • Tablet
  • Sachet


Kosmetik dan Skin Care

  • Foundation
  • Sabun muka
  • Serum Muka
  • Lipmate
  • Lain-lain

Ada banyak jenis produk-produk yang ditawarkan tapi aku bagi overview sikit la untuk nampak lebih jelas macam mana produk tu dan bahan-bahan dalam produk dan fungsi dia. Cara penggunaan pun akan diterangkan.

Contoh Produk Kosmetik dan Kecantikan 






 











Contoh Produk Kesihatan







Rasa confuse kan nak buat produk apa? 

Jangan risau, ada 33 jenis produk kosmetik yang korang boleh pilih dan 10 jenis untuk produk kesihatan. Nak keluarkan semua jenis pun boleh tapi kena tengok bajet juga lah kan. Jadi, buat keputusan dulu apa yang korang nak fokus. Aku cadangkan korang keluarkan produk yang basic dulu baru fokus untuk produk sampingan lain. 

Tapi baru-baru ni Saudagar Herba ada memperkenalkan produk baru, Beard Oil & Matte Lip Cream. Awesome!









Menarik sangat!! Nampak eksklusif kan??


ZyPhyto juga akan membantu korang untuk proses mengeluarkan produk jenama sendiri bermula dari pemilihan produk sehingga penghantaran produk kepada pelanggan. Servis yang disediakan contohnya:

  1. Servis Pembungkusan
  2. Servis Design dan Printing
  3. Servis untuk dapatkan Pengkelasan
  4. Kelas bimbingan Pemasaran
Siap membimbing cara untuk memasarkan produk lagi. Gigih dengan tak gigih je nak mula. Wow!

Sesiapa yang berminat bole hubungi Saudagar Herba @ ZyPhyto laju-laju.





Maklumat Lanjut tentang ZyPhyto


Facebook           : Saudagar Herba

Laman Web       : ZyPhyto

Email                 : info@zyphyto.com

No. Telefon        : 018-2928898/011-21208898/03-60381012

Alamat Pejabat  : No. 10A, Jalan Tiaj 2/9, Taman Industri Alam Jaya,
                            42300 Bandar Puncak Alam, Selangor. 

Yuhuuu… Jom fly dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan harga paling murah!

$
0
0

Holla. Assalammualaikum. Dah lama tak berjumpa, rindu rasa hati. Sorry la dah lama tak update belogs ni, sarang labah-labah pun makin membiak nampaknya.
Sekarang musim cuti kan? Fuhh.Confirm ramai yang dok ushar last minit nak bercuti and mungkin ada yang dah book tiket bercuti pun. Harga tiket sah-sah la mencanak naik musim orang holiday ni kan. Aku dan husband adalah sejenis yang suka travel last minit tu lah. Hahaha ~
Tapi takpe, untuk yang tengah survey harga tiket murah, aku nak share satu tempat yang korang boleh cari dan book tiket murah. Tak payah dok pening-pening. Confirm banyak syarikat penerbangan dalam Malaysia yang tengah buat promotion. Leceh jugak nak bukak satu-satu website, pastu compare manual pulak. Make sure korang jangan silap pilih apps nak confirm booking nanti. Cari lah yang trusted! Duit nak keluar bukan lima nam hengget kak oi.
Hari ni aku share kat mane apps yang korang boleh book yang sangat dan amat memudahkan. Plus, boleh dapat harga tiket paling jimat dengan perbandingan banyak harga dari macam-macam syarikat penerbangan. Takde lah berpinar mata nak cari nanti.
Kalau contohnya korang nak fly cheap dari Kuala Lumpur to Kota Kinabalu kan, ada satu apps ni aku recommend sesangat. Pernah dengar tak Traveloka ? Korang boleh book je tiket online dari website Traveloka or apps Traveloka. Book je then terus bayar, easy measy kan ? Tak payah lah korang susah-susah nak pergi kaunter booktiket flight, pegi cari manual ke ape ke. Sekarang semua di hujung jari gittuhhh!
Cara-cara nak bookingtiket ni senang jer, korang search jer flights from Kuala Lumpur to Kota Kinabalu di website ataupun di apps Traveloka, after that akan ada paparan dekat screen untuk carian tiket ke Kota Kinabalu. Aku advise lah better korang buat booking awal and kalau dah search and then dapat harga terendah time tu, takpayah la nak tunggu lagi terus je book. Bukan ape, harga tiket flight ni kekadang berubah dari masa ke semasa. Kang dok postpone nak pikir nak bincang bagai, takut esok dah naik harga pulak. Melalak la pulak nanti kalau terlepas cheap flight. Nan hado la nak undur masa. Bayor le korang yang mahal tuh.
So, untuk book tiket tu korang boleh booking sehala ataupun dua hala.
1.       First, pilih month and date and click je kat date tu.
2.       Then boleh pilih seat jugak depends on keselesaan
3.       Then click kat ‘search’ and akan keluar page yang memaparkan flight list and waktu penerbangan.
Korang boleh semak dengan detailye waktu penerbangan sebab diorang flydifferent waktu. Depends jugak la nanti korang nak pilih flight either Mas, AirAsia, Malindo atau flight yang lainke, eh suke hati korang lah. Masing-masing syarikat penerbangan ada specialty sendiri just kita je kene bijak memilih.
Kalau korang tetiba nak tukar carian, nak cari yang lain pulak dah, bolehlah click button sebelah kanan page untuk ‘Back to Home’ untuk korang ubah destinasi, tarikh atau any details yang lain. Flexible je tau guna Traveloka ni. Kalau tetibe je korang nak tukar date bagi pencarian tiket flight yang lagi murah, korang boleh clickdekat buttonchange date’ sebelah bawah kanan page, then akan terus terpapar dates calendar and korang terus je click kat mane date yang korang nak tukar tu.
Senang je kan? Jimat masa pun ye, tak payah nak pergi ke main page bagai. After that, bile korang dah confirm date, time, flight and detailsyang lain, bolehlah korang proceeddengan booking, make sure semua info yang korang isi tu tepat, betul dan sahih ye sebab untuk simpanan rekod penerbangan tu jugak. Kalau ade salah nanti takut ade sebarang masalah yang muncul time korang nak fly nanti.
Ok next step pulak untuk pembayaran. Boleh lah pilih eithernak bayar guna
1.       Online Banking or
2.       Credit Card
Nak lebih senang korang boleh guna online banking and tak perlu berhutang. Kalau tetibe rasa nak guna kad kredit, tiada masalah. Jangan tak bayor je la kad kredit tu.  Ada certain orang akan guna kad kredit then bayar ansur-ansur kan. Macam aku, sejenis yang suka save sesiap nak holiday, so akan pakai duit simpanan. Tak kisah la guna method ape, janji.. bayor! Haha!
Selain itu, korang boleh surveyharga hotel kat Kota Kinabalu if korang tak surenak stay kat mana guna Traveloka ni jugak. Biasa la kan kita suka nak survey-survey guna seluruh pelusuk sumber yang ada asalkan dapat murah, jimat, nak promotion segala. Kalau nak hotel nak siap free breakfast, ikot budget. Eh semua yang terbaik. So, boleh guna apps Traveloka ni je je wei.

Tutorial untuk booking dengan Traveloka. 


Meh aku bagi contoh camne korang nak guna mula-mula.

Ni contoh kalau korang nak book sehala la.  


Ni kalau nak book sekali return, dia akan suruh pilih ‘Departure Flight’ punya date dan ‘Return Flight’ punya date.


Let say, aku plan nak pegi Kota Kinabalu pada 7 December 2018, Jumaat dari KL and plan nak balik KL on 10 December 2018, Isnin.
Paling murah tiket flight 7 December tu RM194, return on 10 December pun RM194. Dah siap pilih tarikh tu, tengok lah flight mana yang RM194 tu kan.


Haaa.. Amek la pukul 7.15 pagi nak gerak dari KLIA guna syarikat penerbangan Air Asia. Ni kalau pikir nak jimat lah nokk. Nak naik yang mahal pun bole. Korang punya budget lah kan.



Balik pun plan la nak balik Isnin, pukul 6.50 petang. Haa. Choose la waktu korang nak tu.


Tu dia, keluar camtu dah. Book la ape lagi kalau korang rase dah murah habis dah kan.


Dah book nanti keluar camni lah. Pastu tetibe korang nak ushar hotel plak kan. Bahagian bawah ada item ‘Add Hotel’ tu, boleh clicksitu.


Boleh la korang masukkan 'Destination' and details yang diperlukan macam gambar atas ni. 


Nanti keluar la list camni. Nak cari yang paling murah dia boleh suggest, click ‘Lowest Price’ kat Sort Result bahagian header kiri tu.
Kalau agak-agak tak jadi, ‘eh cam mahal je, nak pakai khemah je lah park tepi pam minyak’, tekan la ‘back’ kat browser korang.
Pastu ‘continue to booking’. Sila la provide details korang dan terus ke pembayaran. Tu aku syak korang dah biasa buat kan. Ala, ni semua korang yang kaki travel. Mesti power bab-bab ni. Aku tunjuk surface je la senang korang nak tengok betapa mudahnya pakai Traveloka ni nak cari flight & hotel.
So, ape lagi?? .. jom book tiket flight and hotel kat Traveloka. Korang jangan risau, semua tempahan yang korang buat guna apps ni semuanya terjamin dan secured sebab korang dilindungi dengan teknologi RapidSSLyang sah dan diorang akan email terus tiket or any hotel booking direct ke email korang. 
Lastly, korang boleh la survey Travelokapunya apps ni sendiri yang memudahkan korang buat perbandingan.




Account Google kena Hacked, Blog kena Removed!

$
0
0
Assalammualaikum. 

Ya Allah. 

Aku baru je mengharungi hari yang pedih dan penat untuk recover Gmail aku yang telah di hacked!

Gmail bukan lah account dominan yang aku guna untuk urusan email. Untuk email aku prefer Yahoo. Contohnya macam Youtube dan Blog aku akan guna account Gmail. Aku jugak bukan lah sejenis yang selalu log in Gmail dan Blog sebab selalunya dah autosave password. Menjadikan aku kurang alert bila aku telah di hacked. 

Menggigil bila aku cari Blog aku tak jumpa. Dia siap tulis ;

Blog has been removed

Sorry, the blog at disismybelog.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.

Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the web, where is it?

Wei. Nanges! 

Aku try sign in kat Blogger, aku nampak email aku dah jadi nama orang lain! OMG! OMG!

Apekah??

Nama owner dia bukan lagi Farahin Esa. Tapi, Suzanne J. Givens. Wei??! Sape perempuan ni? T_T  Menyirap je aku kan.



Aku bukak Youtube, pun dah tukar nama perempuan aneh tu. Aku macam dah pelik. Aku masukkan password, Google cakap 'wrong password' lah pulak. 

Aku macam, 'Eh? Bile aku tukar password la weih!'

Bila dah salah masukkan password, Google ade letak note, aku dah tukar password aku 2 months ago. Heh? Aku da memang yakin account google aku di hacked. 



Huuu. 

Aku cuba recovery account google aku. So, dia akan hantar verification code la untuk buktikan tu account aku kan. 

Malangnya! Recovery email aku sepatutnya Yahoo email pun telah di tukar jadi sejenis account pelik. 


Korang bayang la. Jenis email ape yang pakai example@yo*****.com

Kalau Yahoo sah-sah la dia spesis example@ya***.com kan

Eh tapi bukan. Ini entah celah mane la email dia pakai. Menyirap sangat. Down pun ye. 

Aku pun dah separuh give up tapi masih cari solution. Kawan-kawan blogger ramai yang bagi support dan cuba bagi idea untuk aku recover email aku. 

Bila aku jumpa benda ni, aku macam, 'Hurmm. macam mana pun, aku kena recover Google Account aku dulu, baru bole dapatkan blog aku semula'

Aku masih berusaha sepanjang petang. Nasib lah tengah kurang workload kerja. Boleh lah aku berusaha dengan Google Account yang di hacked. Sepanjang hari wei aku cari soultion!

Lepas aku dah tengok Recovery Email aku pun dah kena tukar dengan hackers tu, aku guna 'Try Another Way'. 


So, Google akan suruh kita masukkan last password yang kita ingat sebelum password kita dah di tukar, atau mungkin password-password yang kita pernah guna sebelum ni. Aku pun cuba. 


Dia suruh masukkan email lain. Nanti diorang check dan dia akan contact kita thru account email yang kita bagi. Lepas dah masukkan, Google cakap macam ni pulak. Dia tak bole verify account yang di hacked tu kita punya. Aku ada kena masukkan Month dan Year kita Create Account Google tu. Sah-sah la aku tak ingat aku Create bila!

Aku dah try masukkan no telefon jugak. Malangnya, telefon yang aku masukkan mampu linked kan aku ke account Gmail aku yang lain je. Tak tau lah kenapa jadi tak ada kaitan dengan Google Account ni. Password yang aku guna sebelum ni pun tak cukup strong. 

Aku dah mati akal. 


So, solution terakhir aku. Aku bukak semua account Yahoo aku yang pernah wujud di muka bumi ini. 

Aku search kat setiap Yahoo Mail aku, aku masukkan nama account Gmail aku tu, 'nur*******@gmail.com' search kewujudan nama Gmail aku dalam seluruh pelusuk Yahoo Account aku. Dengan harapan aku ada hint. 

Yess. Rupanya salah satu Yahoo Account aku pernah jadi recovery untuk Gmail aku ni. Dah agak. 
Aku tekan link yang nak verify. Berhasil!

Sebab Yahoo Account aku ni pernah ada sejarah dengan Gmail aku. 

Aku masukkan semua detail yang dia mintak. Sebab dia dah tak sekat-sekat dan tanya soalan yang aku tak bole jawab lagi time ni. Akhirnya Google percaya aku pemilik Google Account yang asal. 

Akhirnya. 

Aku terus tukar password yang pelik dan susah. Update no telefon. Buat 2-step verification. 

Eh. Serik wei. 

Alhamdulillah. Aku pun berjaya recover Blog aku jugak once aku dah dapat Google Account & Gmail aku tu. 


So, sekian lah perkongsian yang tak seberapa ni. Serius aku serik. 

Bila aku check, hackers ni tukar recovery email aku jadi nama recovery email yang tak pernah wujud. Memang takkan aku dapat la verification code tu sampai bila-bila. 

Ko hase?!!

Eeeiiii. 

Geram sesangat. 

Ok. Bye. 



12 Tempat Menarik di Kelantan. Trip to Kelantan with Friends!

$
0
0

 #smalllittlethingsaboutkelantan

Heeyyy uolss.... Pernah pegi kelantan? Haa… kalo tak pernah kat sini ade beberapa tempat makan dan shopping yang menarik untuk korang consider kalau bercuti kat Kelantan. Jom start dengan ketibaan kami kat Terminal Bas Tesco, Kota Bharu, Kelantan. 

Untuk sesiapa yang tak pernah datang ke Kelantan, kat kota bharu memang ade 2 terminal (Tesco & Terminal Bas Kota Bharu). Selalunya memang diorang akan drop kat terminal bas TESCO.

Dan anda jangan pelik kalo kat terminal tu hanya nampk AEON KB dan bukan TESCO. Ini kerana, semasa pembinaan terminal tersebut, hanya TESCO yang berleluasa di kawasan itu sebelum wujudnye AEON KB. Gteww… TESCO terletak di bahagian depan (selang beberapa blok bangunan) dari terminal tersebut. Gambar terminal bas TESCO KB boleh google yee.. tak sempat nak snap sebab hujan.. hoho!



1stday 💟


Sampai je KB weolss pegi breakfast kat KOPITIAM KITA. Sedap boh roti titab diorang kat sini. Kaya diorang memang lain dari tempat lain dan roti diorang lembut. Kopi panas diorang kat sini sedap sangat. Untuk penggemar kopi boleh cuba ye..Kat sini ade jugak breakfast-breakfast berat ala kelantan, macam nasi kerabu, nasi khomok, nasi berlauk, nasi dagang dan ade jugak kuih muih Kelantan. Untuk kuih muih Kelantan, harga kat sini agak mahal. Weolss tak beli sangat kuih2 kat sini, mkn roti dengan nasi je.. Kuih muih Kelantan weolss beli kat pasar siti khadijah. Plan asal nk g pasar jelawat (terletak di bachok), tapi tak sempat sebab kekangan masa, so belasah je la kat pasar siti khadijah.


Kopitiam Kita 👀

·         LOKASI:
KOPITIAM KITA (boleh waze ‘kopitiam kita’)
Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Roti Titab special


Antara makanan kat KOPITIAM KITA  
(Photo from: Trip Advisor)



Pengkalan Kubur 👀

2.      LOKASI:Pengkalan kubur (boleh waze: ‘Pengkalan kubur duty free’)

Next, weolss pegi ke pengkalan kubur (duty free). Kat sini boleh beli coklat-coklat murah yg ade tu lagi murah dari LANGKAWI dan lagi murah dari Coklat Murah JB. Semua jenis coklat ade dan murah.. saya repeat.. memang murah. Rase nk borong sume jenis coklat tapi apekan daye… wallet tak mengizinkan..

Nampak tak..Ritter Sport tu, kalau kat AEON berbelas hinggit harganya. Kat sini.. RM5.90 je.. Nangis terok tengok harga.. coklat-coklat lain pun sama murahnya



Pastu, weolss makan Ais Skrim BABA dan Steamboat. Ais Skrim diorang YA Ampun.. lembut yang amat dan macam-macam ade dalam tu. Sedap! Pastu sos steamboat diorang pun sedap. Memang susah nak cari kat tempat lain. Seperti yang kita sedia maklum, kesedapan steamboat tu terletak pada sosnye.. dan steamboat ni memang sedap..


Ais Skrim BABA
Steamboat




Haa.. kat pengkalan kubur ni ada segala macam periuk belanga, pinggan mangkuk, toto, bag, kaftan, anak2 patung, cadar dan sebagainya. Tapi tempat ni kecik sikit berbanding Duty Free Rantau Panjang dan tak banyak pilihan. Kat sini, boleh la beli coklat dan makan-makan jugak. Nak shopping yang tahap rambang mata boleh sambung kat Rantau Panjang. Esoknye weolss pegi Rantau Panjang.

 

Acu Tera Pantai Sabak 👀

3.      LOKASI:ACU TERA PANTAI SABAK (Boleh waze: ‘acu tera pantai sabak’)
Alamat:Jln Pantai Sabak, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Kat sini ade udang celup tepung (RM10/set), sotong celup tepung (RM10/set), ikan celup tepung, keropok, pulut manga (not really recommended sebab santan diorang MANIS dan CAIR.. zzzz…) dan lain-lain. Celup tepung diorang padu beb!! Diorang punye crust tu halus dan crunchy! Kunyah berape kali pun still bunyi kriuk2 tu.. haaa.. Boleh bayang tak… hahaha..! Ni antara kedai celop tepung paling ikhlas kat Kelantan. Mohon cuba!


Udang dan Sotong celop tepung- RM10/plate



kita payung close-up version sikit


Kedai ni kat tepi Pantai Sabak. So, lepas makan tu boleh la pegi panjat batu-batu yang kat tepi tu nak tengok pantai, nyanyi la lagu ikan kaloi ke, tapi pantai ni tak boleh main air tau.


View Pantai Sabak. Angin dan bau air laut diorang perghhh..! Syahdu sangat





Pasar Malam Taman Bendahara. 👀

LOKASI:Berhadapan pantai timur pengkalan chepa. (Boleh waze: pantai timur pengkalan cheap)
Operating hours: Sabtu SAHAJA (7pm-10pm)


Pasar malam ni bukan calang-calang pasar malam, menurut kawan saya (kelantannese yang bwk weolss jalan2), pasar malam ni paling best sebab semua barang-barang macam tudung bawal (semua jenis design), makanan-makanan street food Kelantan semua ade. Kain untuk tudung bawal tu high quality, banyak pilihan dan RM10/piece (ade batu/ kosong sume RM10). Dan of course lah, kalo ambil banyak macam 7 helai ke, pandai-pandai la mintak kurang. Diorang boleh bagi smpai RM9. Kena pandai tawar. Pasar malam ni macam small scale pasar Wakaf CHE YEH. Gamba google je ada sebab tak sempat nak snap. Tengah esaited maklum lah. Hahaha!


credit photo to Foursquare

Roti Tempayan 3 Abdul 👀

5.      LOKASI:Roti Tempayan 3 Abdul (Boleh waze: roti tempayan 3 abdul)

Roti tempayan atau lebih dikenali dengan roti nan. Kat Kelantan panggil roti tempayan. Roti tempayaj cheese  (RM5/sebijik) diorang sedap, lembut dan tak kedekut cheese. Dan yang penting Kari ayam (RM3) diorang sedap!!! Kombinasi diorang perfect! Jarang nak jumpe kedai yang jual roti nan yang kuah dan roti nye same padu. Tapi kat kedai ni dua-dua padu, sedap dan menyengat.


Roti Tempayan Cheese Tiga Abdul



 2nd Day 💟

 

Nasi Kerabu Panji 👀

 LOKASI: Nasi Kerabu Panji (Boleh waze: ‘nasi kerabu panji’)

Alamat: Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Kat sini ade 2 jenis nasi kerabu. Nasi Kerabu Tumis (nasi diorang nasi putih biasa tapi sedap diorang memang luar biasa) dan lagi satu Nasi Kerabu Biru Biase. Sebagai seorang yang non-kelantan, ni nasi kerabu paling sedap pernah saya makan. Saya ambik nasi kerabu kambing + solok lada (RM10). Kombinasi ramuan untuk nasi kerabu tu perfect! Sedap sangat dan yang penting kambing diorang tak berbau kambing sis. Sedap yang amat. Rasa macam rempah satay pun ade. Rasa nak salam cium tangan je tokey diorang sebelum balik, takot teringat-ingat. Memang sedap dan highly recommended. Kat sini ada lauk-lauk lain jugak macam ayam, ikan, paru, nasi dagang pun adoo. Amount diorang size untuk breakfast. Untuk yang tak biasa makan berat-berat untuk breakfast, jangan risau, nasi diorang tak banyak.. just nice untuk size sarapan pagi.


Nasi kerabu PANJI. Total ni RM26.20

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang 👀

2.      LOKASI:Zon Bebas Cukai Rantau Panjang (Boleh waze: ‘Zon Bebas Cukai Rantau Panjang’)
Alamat:Jalan Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200, Rantau Panjang, Kelantan


Kat sini… sume benda ada. Kaftan (RM100/3helai), Kaftan berbatu (RM50 sehelai), Jeans Levis 501 (RM35/sehelai lelaki straight cut), jogger pants (RM28 sehelai/ dewasa), Tali pinggang, beras-beras thailand, street food Thailand (somtam, kerabu maggi), buah-buahan, mee celop, batik baju kurung (design kat sini tak banyak sangat). Kat sini kena pandai tawar menawar. Peniaga kat sini baik-baik dan tak kedekut untuk bagi kurang especially untuk yang beli banyak-banyaj. So, kalo pegi by group, bagusnya decide dulu nak beli kat kedai mana, kemudian mintak kurang sehabis boleh. Kalau diorang macam tak nak bagi, buat-buat nak chow. Then Insya Allah diorang akan panggil balik dan bagi harga yang korang mintak. Kalau berpatutan laa. Konsep diorang same je rasanye kalau shopping kat tempat-tempat lain kan.. hahaha! Saya tak smpat nak snap gamba sebab hujan dan amaze dengan kawasan rantau panjang tu. Besar sangat tempat shopping diorang. Berlorong-lorong dan selang satu lorong tu ada sediakan surau.

p/s: Kalau korang nk shopping batik-batik cantik dan harga mampu milik, boleh carik kat Pasar Siti Khadijah

Haaa… kat rantau ni pernah viral dengan kuih ‘kuba guling’ masa ramadhan 2018 hari tu. Jadi, weolss pun decide untuk beli 1 (RM5/ 6 pieces), sebab nak rasa. Rasa diorang sedap macam kasui, dan diorang tak semanis kuih-kuih kelantan yang lain. Sebenarnya, kuih ni misteri sikit sebab dibuat dari ekstrak air tempurung yg dah di bakar (untuk dapatkn kaler hitam tu). Mohon google dlu ingredients diorang sebelum beli.. HoHoHo!

Kuba Guling

Bihun celop kat Rantau Panjang



By-T Laksam 👀

LOKASI:By-T Laksam (Boleh google  By-T Laksam)


Alamat: Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Bagi saya, laksam kat tempat ni antara yang paling sedap kat kelantan. Kuah diorang pekat dan tak lokek ikan. Padu sis!  Laksam kat sini ada yang special dan biasa. Yang special, ada telor puuyuh dan dihidang bersama serunding daging, RM5/plate. Biasa RM4/plate.

 
By-T Laksam

Wakaf CHE YEH 👀

4.      LOKASI:Wakaf CHE YEH (Boleh waze: ‘wakaf che yeh’)
Operating hours: 7pm-2am

Barang-barang kat sini lebih kurang rantau panjang dan pengkalan kubur.


Photo credit to www.maisinggah.com


3rdday 💟


Sebabkan harini hari last weolss, gamba pun macam nak taknak ambik sebab tengah fikir macam mane nak bawak balik barang. Hahaha! Tu la sakan sangat shoppingnye!

Kedai Makan Kak Nah 👀

LOKASI: Kedai Makan Kak Nah (Boleh waze: kedai makan kak Nah)

Alamat: 134, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Kat sini ade nasi campur, nasi dagang dan kuih muih Kelantan. Masakan diorang sedap sekata.



Pasar Siti Khadijah 👀


2.      LOKASI:Pasar Siti Khadijah

Pasar ni ade 3 tingkat;

Tingkat 1: ada barang-barang dapur basah, dan kuih muih Kelantan macam jala mas, buah tanjung, taik itik, akok, ketupat palas, tapai ubi, kuih che mek, buah-buahan.

Tingkat 2: ada jual makanan-makanan kelantan yang boleh dibuat sebagai cenderahati untuk opismate/labmate/housemate. Contoh: serunding (daging, ayam dan ikan), dodol, keropok keping, kerepek, ikan bilis sira dan kuih muih yang saya sendiri tak tahu nama diorang tapi yang pasti… manis.

Tingkat 3: ada kain-kain batik yang design diorang memang cantic-cantik dan lembut sangat. Ade yang dah siap jahit. Batik berbatu baju kurung yang dah siap jahit boleh dapat dengan harga RM130 sepasang kat KEDAI NO 240. Kain pasang (batik berbatu) yang tak jahit lagi boleh dpat RM55/sepasang. Beli banyak, harga boleh runding. Haaa,, gteww.. . Pekerja diorang memang mesra pengguna. Ni ade kad kedai tu dan contoh batik yg dah siap jahit. Sebabkan beli dua so dapat la harga RM125 sepasang.

 
Kad kedai jual kain batik

Baju Kurung batik yg dah siap jahit RM125



The Bold Lab 👀


LOKASI:The Bold Lab (waze: The Bold Lab)

Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Ni antara kedai-kedai hipster yang ada kat Kelantan. Yang lain boleh google ye. Hehe.. weolss sempat pegi yang ni je. Tapi memang tak mengecewakan sebab menu-menu kopi-kopi kat kedai ni memang sedap dan ada yang cakap rasa diorang boleh cecah standard Starbuck. Orang la yang cakap kan. Bagi saya sedap laaa.. memang kaw habis!! Haaa… dan yang paling win, kat kedai hipster ni ade menu yang paling rare kat Kelantan…

BURGER ULAM KELATE!!! Siap ade BUDU hokay dalam burger diorang. Tapi malangnya weolss tak sempat rasa hari tu. Kat sini saya sertakan sebahagian menu diorang dan menu-menu yang weolss order hari tu.



Senarai Coffee kat The Bold Lab

Antara menu kat The Bold Lab

Hazelnut Latte (RM11) + Burnt Cheesecake (RM13) + Berries Trifles (RM12)

Ice Coffee Cubes (antara coffee yang famous kat sini) (RM13)

Salmon Steak (RM30)

Shibuya Honey Toast (RM18) - 💢💢 Warning!: Benda alah ni manis sangat-sangat

Kat bawah ni saya ringkaskan antara barang-barang yang weolss shopping dan tempat-tempat yang berkaitan. Ni antara barang-barang yang weolss ingat laa.. Yang lain-lain banyak lagi. Tapi macam banyak sangat pulak kalo nak list down semua.  Haha!



Coklat murah
Peralatan dapur
TOTO+ cadar+bantal
Thai street food
Jeans
Kaftan
Batik
Duty Free Pengkalan Kubor
ü 
ü       
ü     


ü     

Duty Free Rantau Panjang

ü     
ü     
ü     
ü     
ü     

Pasar CT khadijah

ü     
ü     



ü     
Wakaf Che Yeh

ü     
ü     

ü     
ü     
ü     



Selamat bercuti di Kelantan!!

Kedai Phone area Putra Heights at Giant Putra Heights.

$
0
0
#andanaktukartemperedglass?



Ada sikit perkongsian bermanfaat untuk mereka yang stay area Putra Heights. So, baru-baru ni aku ada usyar tempat tukar tempered glass phone. Phone aku sekarang ni dah 4 tahun aku pakai. Banyak jasa. Jadi konon aku nak la jaga sebab tempered glass aku tu dah retak jatuh hari tu. 

Aku ada plan nak pegi kedai Ustaz dekat PKNS atau Uptown Damansara. Tapi ko pikir lah kan, aku kalau pegi sana semata nak tukar tempered glass, korang rasa berbaloi ke? Melainkan aku ada 3,4 phone nak tukar dengan agenda lain ke yang nak dibuat. Tapi kalau semata untuk tempered glass je, aku pun fikir baik aku cari area sini je. 

Aku survey la kat Giant, Putra Heights. Aku tukar tempered glass dekat 1st Floor Giant, satu kedai phone baru bukak jugak near to the main entrance. Harga RM20 selepas dapat tawar, harga asal RM25. So, ok la deal. Aku pun tukar. Tak sampai sebulan, tempered glass tu rosak. Peghh! Bukan sebab jatuh tapi sebab aku letak dalam bag, dia berlaga dengan kunci-kunci, retak teruk wei. Takde gamba pulak nak tunjuk. So, burnt RM20 aku. Sobs! 😥

Next month nya, aku tak berpuas hati, aku melabur lagi. Sebab retak teruk! kuku aku bergesel dengan retak tu, tak selesa. Pada 23/11/2018, aku pegi lagi Giant Putra Heights tapi kedai level 2. Aku cari tempered glass yang diamond. Ada satu kedai yang menarik perhatian tu jual RM35 seketul. Aku macam apekah mahal sangat? 

Aku cakap husband aku pun macam plan nak tukar tempered glass dia yang retak. 

So, deal dia macam ni. Aku promote nanti kat husband aku tukar tempered glass kat kedai dia. Then dia bagi harga murah. Jadi, dia offer RM23 untuk tempered glass diamond seketul. Aku memang gedik sikit suka pakai bling-bling ni. Sebab first and second tempered glass aku pakai diamond. third tu yang dah retak tu lah. Ni yang ke-empat. Dulu aku boleh dapat tempered glass ni RM20 per pair je sebenarnya tapi tak kuasa aku nak jalan jauh survey lagi. Kena ada modal jugak kan. Kalau kebetulan lain la. Aku pun dah kurang merayap sekarang. 

Makanya, aku bersetuju dengan perjanjian tersebut. Tapi!

Malang aku masih berlanjutan. Dia pasang tempered glass aku ada bubble plak! Dua line bubble panjang yang agak menganggu mata aku la. 😭

Whuaa.. aku macam dah tak gembira masa tu.. aku pun cakap.. 

"Ala ni ada bubble ni" 

Dia cakap, 

"Takpe, nanti lama-lama dia hilang. Kalau tak hilang u datang semula kedai I tukar, simpan resit je"

Aku pun menunggu sehingga beberapa hari, nampaknya bubble tu masih di situ. Agak kecewa. 😑

Aku still simpan resit nya. 😶

Jadi selepas beberapa minggu, hari ini, 4/12/2018, aku kembali ke kedai tersebut. Person in charge yang buatkan tempered glass aku last time tak ada pulak. Aku pun explain dan tunjukkan resit in case dia bole ganti. Alhamdulillah, amoi chinese tu ganti tempered glass aku dengan yang baru and sejenis diamond gak. So aku memula tak letak harapan tinggi. Ye lah, kedai kan sekarang pandai pusing-pusing, tak nak responsible nanti rugi la diorang. Tapi nope, kedai ni dia ganti tempered glass yang baru then amoi ni terus pasangkan tempered glass baru. 😚😊

Dan tempered glass baru untuk handphone di buat dengan kemas sekali untuk kali kedua. Well, I am one of that happy customer sebab jumpa kedai yang bertanggungjawab macam ni. So aku decide untuk promote kedai ni dalam blog aku. Hahaha!


Tadaaaa!!! Dah ganti yang baru. Cantik dan Kemas! 💋


Aku rasa kedai ni ada buat servis repair phone jugak. Ada jual macam-macam jenis phone. Ada iphone secondhand jugak. Kedai dia besar dan ceria. 

Lokasi: Betul-betul bertentangan dengan Pejabat Pos Cawangan Giant Putra Heights Level 2. 🙋


So, ini resit yang aku masih simpan. Atas tu ada nama dan alamat kedai untuk references.

Tak silap kawan aku kata kedai ni kedai baru. Well, keep it up a good service. Jadi customer macam aku ni rasa tak serik nak datang servis kat kedai ni next time. At least dia provide a good servis and quality items. So, kedai-kedai macam ni lah yang kita cari. 👍


Kepentingan Resit. 


Penting tau simpan resit. Last month aku ada beli satu contact lenses colour jenama Blincon (for 3 months) dekat IOI Mall Puchong, kedai cermin mata berdekatan Dubuyo. Kebetulan ada promosi, dua pair lenses RM80. So, aku pun ambik la 2 pair. Kire per pair RM40 lah. Normal price kan RM50 per pair. Aku pun pulang. Sebab clear lenses aku baru je pakai, aku tak ada la immediately terus pakai yang baru. Baru-baru ni aku bukak nak pakai la pegi kenduri kawen. Guess What! Ada seketul tu dia melekat then bila aku gosok dengan solution, dia terkoyak. Ini adalah salah satu benda malang yang berlaku ke atas diri aku. Hahaha. Redho. Ok, takpe. Aku ada second pair. And I was, burnt la RM40. 

Oh, rupanya panas tidak sampai ke petang. Pair yang kedua tiada masalah. Tapi masalah muncul bila aku dah pakai kat mata. Seketul tu tak selesa. Bila aku kelip mata dia akan rasa macam ada sesuatu but aku masih meneruskan pakai smpai petang. Tapi 4 jam macam tu je aku tahan, aku decide nak bukak. Lately, aku try pakai lagi and benda yang sama berlaku. Aku pun decide, I will burnt 💣💣 my second RM40. Which is aku dah kerugian RM80. 😭😭😭😭

Mungkin orang cakap, pegi la tukar dekat kedai yang aku beli. Wei! Resit tu aku dah humban mane entah! Kalau ada resit ko hengat aku nak diam-diam je ke. Aku rela pegi tukar. Malangnya aku tau aku tak ada bukti kukuh. 💩💩

Jadi hari ni aku decide beli contact lenses dekat Focus Point Giant Putra Heights sebab selama ni aku beli kat situ memang tiada masalah. Aku rela bayar lebih asalkan tak rugi teruk. And this time aku tak beli dah Blincon punye contact lenses. Sobss. Aku try brand Italy - Macttalic. 😙

Itu je aku nak mengadu. Alang-alang kan. So... penting nya anda simpan resit tu ye... 💁💁

Surya Chlorophyll : Atasi masalah sembelit dan kurang makan sayuran

$
0
0

Assalammualaikum.

Hey all. Thanks for reading.

Straight to the point, entri kali ni adalah untuk aku share sesuatu yang bermanfaat untuk sesetengah orang yang sedang mencari solution untuk masalah-masalah penghadaman terutamanya.

Tapi! apa yang akan aku share ni tak limited untuk masalah ini je, sebab dia ada banyak kebaikan lain yang korang boleh manfaatkan. So punca masalah yang aku dapati ramai orang susah nak makan sayur kan? 

Macam aku, semestinya tersangatlah susah untuk makan sayur - sayuran. Kalau buah-buahan memang no problem sebab sedap. Tapi, sayur ni memang agak susah sikit. Kalau lunch dekat kedai makan tengah hari, aku akan tengok jenis sayur, sayur tu nampak menarik ke tak, sayur masak apa, dah lecur aku tak amek, yang ulam pun aku tengok jenis-jenis je, eh memang cerewet la. Aku akan makan sayur tu kalau sayur tu spesis yang aku minat aje lah.

Jangan kata aku, anak-anak sedara aku yang kecik-kecik tu lagi lah, punya liat nak makan sayuran. Kalau mak aku masak bayam, sawi, taugeh, nan hado lah diorang nak makan. Kena bebel, kena paksa baru nak makan lah. Tak sedap katanya. Nak kena ugut macam ni,

“Kalau makan sayur boleh jadi pandai, kalau tak nanti orang lain semua pandai dapat nombor 1 awak dapat nombor corot.” 

baru la diorang jamah, tu pun, cinonet aje la kan.

Pendek kata, kalau masuk isu khasiat dalam sayuran ni, agak susah untuk kita semua ambil manfaat sebabnya sayur bukan lah kegemaran kebanyakan orang. Aku sendiri pun tak faham lah kenapa.

Jadi di sini kita ada alternatif solution iaitu sejenisKlorofil.





Kebaikan Klorofil ❤


Klorofil adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi pelbagai nutrisi yang penting bagi tubuh diantaranya adalah :
  • Vitamin A,
  • Vitamin C,
  • Vitamin E,
  • Vitamin K dan
  • Beta karoten.

Untuk lebih terperinci, klorofil ni ada banyak kebaikanseperti;

  1. Menjaga kesihatan sistem pencernaan
  2. Membantu proses pembentukan sel-sel darah merah serta dapat mencegah anemia
  3. Membantu mengawall rasa lapar
  4. Dapat mengawal bau
  5. Mempercepatkan proses penyembuhan
  6. Menghilangkan racun dalam tubuh (proses detoksifikasi)
  7.  Melindungi DNA dalam tubuh
  8. Sebagai antioksidan yang kuat
  9. Membantu dalam proses terapi pada pesakit yang menghidap kanser
  10. Sangat efektif melawan albicans candida
  11. Dapat mengubati bengkak dan kemerahan pada kulit
  12. Menurunkan risiko gangguan arthritis 
  13. Mencegah insomnia
  14. Meningkatkan sistem imun tubuh
  15. Mengatur keseimbangan asam alkali dalam tubuh
  16. Menjaga kesihatan tulang dan otot
  17. Membantu proses pembekuan darah
  18. Menurunkan risiko batu karang
  19. Mencegah sinus
  20. Menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh
  21. Mencegah risiko gangguan pankreas
  22. Menjaga kesihatan gigi dan gusi (mencegah peradangan serta gusi berdarah)


Jom cuba Surya Chlorophyll!!👀


Tetapi, dalam banyak-banyak jenisKlorofil di pasaran, aku nak suggest korang try Surya Chlorophyll. 






Sebab Surya Chlorophyll ni terjamin. Korang boleh dapatkan dari Watson tau dengan harga berpatutan. 

Korang taknak makan sayur kan? Haaa.. inilah solution yang aku bole suggest! 😏


1 cawan Surya Chlorophyll = 4.7 kg Bayam




Surya Chlorophylltelah diekstrak dari daun Mulberry yang dikenali sebagai pokok yang jauh dari serangan racun perosak. Ia juga mengandungi alkali yang semulajadi baik untuk pembersihan dalaman yang akan membantu menjadikan kulit lebih sihat, cerah dan bebas dari jerawat. Selalunya kita hanya focus penjagaan luar, jadi apa kata kita concern tentang dalaman dan cari produk semulajadi yang dipercayai untuk membantu dalaman pulak kan.

Seperti yang telah dikongsi khasiat klorofil, Surya Chlorophyll mampu membantu dalam pembersihan dalaman, mengelakkan dan mengurangkan masalah bau badan dan nafas berbau. Boleh bertindak sebagai deodorant semulajadi.  




Surya Chlorophyll bole didapati dalam dua perisa ; Lychee & Peach




Iolss beli yang Lychee!!!




Antara kebaikan-kebaikan lain yang boleh didapati melalui Surya Chlorophyll adalah;

  • Memperbaiki sistem pengahadamam dan mengawal berat badan.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • Melindungi kulit daripada pelbagai penyakit kulit.
  • Membantu melawan kanser.
  • Klorofil juga turut dikenali sebagai superfood kerana ia kaya dengan mineral dan multivitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
  • Mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi seperti membantu meneutralkan toksin dalam darah.
  • Membantu untuk system Purify 'darah' - meningkatkan hemogoblin  & sel darah merah
  • Baik untuk detox hati.
  • Membantu masalah penghadaman.










Produk Surya Chlorophyll ni HALAL ke?? 😱


Produk Surya Chlorophyll dah diperakui HALAL, malah GMP HACCP mendapat pengesahan dari BioNexus Key Message Certified dan diyakini tidak mengadungi bahan pengawet.







Cara pemakanan Surya Chlorophyll?? 💦


  1. Campurkan 25ml Surya Chlorophyll dengan 125ml air suam atau air kosong.
  2. Kacau dan minum. Nak letak ais pun boleh.
Kanak-kanak seawal 2 tahun pun dah boleh minum bancuhan klorofil.







Click Video untuk tutorial bancuh Surya Chlorophyll : Cara-cara bancuh Surya Chlorophyll





Yang TIDAK sesuai ambil klorofil?? 🙅



  • Wanita mengandung dan Ibu yang menyusukan tidak digalakkan mengambil produk ini kerana masih belum ada kajian yang khusus klorofil sesuai di ambil untuk individu tersebut
  • Pengambilan klorofil mungkin akan menyebabkan sesetengah orang allergic kepada matahari sebagai kesan sampingan. Jika berlaku atau berlarutan, dapatkan nasihat doktor.
  • Untuk pesakit diabetis, hati, jantung dan masalah perut yang serius, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Cara nak dapatkan Surya Chlorophyll?? 🙋



💙Korang boleh beli kat Watson yang berdekatan!! Aku pun beli dekat Watson IOI Mall Puchong. Tak sampai RM50 pun.

💙Boleh jugak kalau nak beli online di website My Natural Option (www.mynaturaloption.com)

💙Tapi korang bole try tengok dekat Shopee ataupun Lazada (klik link dekat bawah ni). 


💙Shopee 

Peach ← klik
Lychee ← klik
Twinpack ← klik

💙Lazada

Peach ← klik
Lychee ← klik
Twinpack ← klik





Kena selalu update sebab selalu out of stock!





Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Surya Chlorophyll bole hubungi:


  ⓕ  Facebook : Surya Malaysia

 📸 Instagram : Surya Malaysia









SPEK MURAH, KEDAI VIRAL ALPHA BLUE 420 - EYE PRO VISION (PLAZA SG. WANG)

$
0
0

Heyyaa Gais,

Assalammualaikum untuk pembaca muslim & Salam Sejahtera untuk reader non-muslim.

Dalam entry post kali ni, iols nak share pengalaman yang will help uols a lot. I’m not sure if most of my blog reader’s wearing spectaclesatau tak. Tapi sekarang memang kebanyakan orang dah pakai contact lenses kan, including me. Yup, of course pakai spec akan buat tudung/scarf jadi kembang Hahah! And that’s one of the reason aku pakai kanta lekap. Konon nak cantek lah. 😂

Tapi! tak bermakna cermin mata tak penting untuk aku. Oncesampai rumah aku akan pakai cermin mata, and sepanjang kat rumah memang tak rajin nak pakai contact lenses. Jadi cermin mata penting woo.

Last aku buat cermin mata adalah masa aku masih dekat Johor, Julai 2015. Masa tu aku student lagi sambung belajar buat Master in Engineering. Duit elaun pun tak adalah banyak. Masa tu power dah naik, memang sangat perlu untuk buat cermin mata. Lagi-lagi lah zaman belajar. Life as a student, wearing spectacles will require a good maintenance and extra money is it? So, masa tu aku buat kanta untuk Alpha Blue 420 ni serius mahal. Cermin mata aku dalam RM400+, bingkai dah harga RM100. Nak tukar kanta jadi gelap kalau kena matahari tu lagi lah mahal gila 😴 – transition lenses.

Bila aku dah kerja area Selangor, kawan-kawan aku cerita ada satu Kedai viral dekat Plaza Sg. Wang - EYE PRO VISION yang murah. Fuh terbaik! Ngam-ngam masa aku plan nak tukar cermin mata aku yang power dah bertambah ni. Bingkai pun dah terkopak, plastic bingkai dah mengelupas. Memang dah sampai masanya ~ 😋


KEDAI MURAH, KEDAI VIRAL ALPHA BLUE 420, SUNGEI WANG PLAZA 💣😍


Al-kisah aku dari Selangor ke Sungei Wang Plaza untuk membuat cermin mata baru di hari Sabtu. Sampai dalam lepas Asar, tercari-cari kedai Eye Pro Vision ni, senang je tak jauh dari elevator - Level G, kedai No. G111. Masa sampai tu, alamak! ramainya orang. Risau juga lambat siap. Masa masuk kedai tu dah rambang mata banyak pilihan. Terus ada staff Eye Pro Vision layan aku walaupun orang ramai. Aku terus cakap nak cari spek mata baru coz nak replace old one. Staff Eye Pro Vision dengan friendly nya explain jenis-jenis kanta yang ada, harga untuk setiap kanta termasuk bingkai dan beliau akan tanya budget berapa. Serious lah murah!!😱😱 Aku boleh jimat dalam RM300 – RM500comparedengan kedai-kedai lain yang aku pernah survey.




Last time aku buat cermin mata kedai lain Alpha Blue 420 dalam RM400, tetapi kat Eye Pro Vision ni RM125 je termasuk bingkai. Eh, dia bukan bagi bingkai biasa tau, yang high quality boleh bengkok kiri kanan depan belakang. 😏







Kalau korang nak cermin mata biasa jenis multi-coated baru RM65 termasuk bingkai. Mana nak dapat harga murah macam ni?? 😱😱😱 Aku suggest dekat mereka yang ada anak-anak jenis suka pakai cermin mata lepas tu setahun dah patah, boleh sangat beli kat sini. Dah la murah, bingkai-bingkai cermin mata yang ditawarkan tu 80% flexible, tak patah. Anak korang nak bergolek 3km sambil pakai cermin mata pun tak ada masalah rasanya.

Secara kesimpulannya, aku detail kan tawaran Eye Pro Vision yang unbeliveable ni.

Bingkai + Kanta Multi-Coated = RM65
Bingkai + Multi-Coated + Kanta Alpha Blue 420 = RM65 + RM60 = RM125
Bingkai + All Above + Transition Kanta  = RM250

Transition Lenses juga dikenali sebagai Photochromic Lenses (kanta jadi gelap bila kena sinaran UV)

Korang nak beli kena ikut budget juga. Kalau aku, actuallyAlpha Blue 420 tu dah sangat OK!


APA ALPHA BLUE 420 LENSES NI? 👀✌


Aku pilih cermin mata yang ada featureAlpha Blue 420 ni nak protect mata sebab aku jenis yang suka hadap phone main game, tengok laptop 8 jam sehari, main phone, main phone dan main phone whatsapp sana sini. Hahaha. 👧😉

Kelebihan Alpha Blue 420:

1. Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
3. 100% block sinar biru dan ultra ungu (UV420)
4. Tahan lasak & tak mudah pecah
5. Kalis air & kalis calar

Korang justtambah RM60 je untuk kanta jenis Alpha Blue 420ni tau. Tapi mengikut kemampuan masing-masing. Eh tapi memang murah teroks! Lagipun cermin mata bukan selalu tukar macam contact lenses, RM60 tu dah tersangat murah compare tempat lain. Harga biasa dah RM250++.  I am serious.


Korang tengok video ni baru paham kelebihan kanta Alpha Blue 420. Membantu tau.👍

Aku yakin orang sekarang confirm selalu menghadap smartphone non-stop dan bekerja dengan computer. Korang perlu, perlu dan perlu cermin mata jenis Alpha Blue 420 ni untuk protect mata korang. Even kalau anak-anak tak selalu tengok laptop atau smartphone, penting untuk diorang bila berada di luar rumah yang terdedah pada sinar biru & ultra ungu (UV420) kan?


1 JAM JE DAH SIAP!😱


Wei, aku adalah jenis orang yang cerewet dan lambat pilih. Of course aku pening nak pilih bingkai yang ade 2,000 pilihan tu. Nak yang tak kembang tudung lah, yang sesuai dengan muka, up-to-datedesign of course, tak nampak gemuk, perempuan memang cerewet tau. Suami aku pun pening nak layan. 

Tapi staff Eye Pro Vision sangat cool! Diorang layankan aku dan bantu aku pilih cermin mata yang sesuai dengan sabar dan friendly tau. Semua staff dia friendlytermasuklah William, owner kedai. Dekat sejam aku pilih bingkai je. Semua staff dia tolong aku decide bingkai yang paling sesuai dengan aku. Hahaha. 😂 

Then aku test power mata dengan William. William sangat friendly, sambil test mata sambil berbual. So aku decide nak buat jenis Transition Lenses, RM250je weih!! 😲😲 Kat luar ni entah berapa dah aku kena bayar. Sebab nak yang kanta bole jadi gelap kalau kena cahaya matahari tu. Hahaha. Dulu tak mampu sebab RM600 katanya kat kedai lain. Kat sini RM250 je, terus grab laju-laju nak beli yang paling high feature kevavom. 

Dah dapat resit, diorang cakap sejam je siap. Uikss? Pantas nya. Kedai ramai orang pun bole siap laju-laju ke? So, ok lah aku dan suami jalan-jalan, solat dulu. After 1 hour aku datang semula, eh dah siap??! Wow! Terus gelojoh try cermin mata baru. Excited. Staff Eye Pro Vision siap test kan cermin mata aku bole bertukar jadi gelap tu. Hahaha. 😋 Layankan je pelanggan dengan mesra. Siap bagi advice penjagaan cermin mata dan ada free gift tau. Tak rugi buat cermin mata kat sini. 💗


LEBIH 2,000 PILIHAN BINGKAI DESIGN TERKINI, BERKUALITI DAN TAHAN LASAK💁


Ok kenapa aku cakap bingkai dia tahan lasak?

Sebab dia punye bingkai boleh bengkok 180 degree! Flexiblehabis. Kalau patah jugak aku tak sure la orang tu buat apa dengan cermin mata dia. Bingkai yang aku pilih ni sangat flexible. Aku nak bergolek 50 pusingan sambil pakai cermin mata pun tak rasa was-was. Evenbingkai yang hold kanta tu pun flexible, susah patah. Yakin sikit cermin mata aku ni boleh tahan lama. Lagi-lagi aku bakal ada baby tak lama lagi, yang tahan lasak itu penting ye. 😍



Video ni William tunjuk cermin mata yang di jual di Eye Pro Vision semua flexible dan tahan lasak. Tengok la tu bole bengkok macam tu sekali haa 😨. Masa ni dah hampir Maghrib, cermin mata dah siap, Yeayy! 🙆


Design pun banyak pilihan, semua cantik-cantik dan up-to-date. Nak yang macam korea? 💛 Plastik? Besi? Besar? Harry Potter? Diameter kecik? Bingkai colour-colour? Cuba tengok video kat atas ni pilihan-pilihan yang ditawarkan tu. Banyak tau!

Korang jangan risau, William dan staff Eye Pro Visionconfirmbole bagi pendapat yang superb dan membantu korang. Aku memang paling suka dengan layanan staff Eye Pro Vision ni lah. Dah la murah, friendly pulak tu, siap pun cepat. Rasa berbaloi beli cermin mata kat kedai yang staff friendly ni.


Nampak tak cermin mata aku bertukar gelap lepas kena sinaran UV. 
Saja nak test cermin mata baru. Hekhekhek. 😎


Ni one of Eye Pro Vision staff yang super friendly dan selalu gelak. 
Gigih layan aku pilih cermin mata. Mesra & peramah sangat. 
Tak rasa awkward nak pilih cermin mata yang sesuai. 😄


I am one of that happy customer! 😚


Tetapi, in case korang nak jenis yang berjenama dengan harga bingkai mahal sikit pun Eye Pro Vision ada tawarkan. Itupun aku tengok tak mahal sangat macam yang pernah aku survey kat kedai-kedai lain. Aku cuma nak bingkai yang sesuai dengan muka je, so yang beshe-beshe pun dah okay sangat. Hehehe. 😊


REVIEW PELANGGAN EYE PRO VISION YANG PUAS HATI DENGAN SERVIS 💖




Eh! korang kena datang sendiri baru bole rasa macam mana puas hati dapat buat cermin mata murah, cepat, berkualiti dengan servis yang TIP TOP! 😱







Ramai betul orang datang kedai ni. Tapi tetap boleh siap cepat!





Boleh contact William 👦 yang peramah tu untuk tanya apa-apa.

💬 William - 016 3771304

💬 Address: 

Lot G1111,
Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

💟 Facebook : Eye Pro Vision

Make sure pergi KEDAI VIRAL EYE PRO VISION sebab layanan diorang terbaik. ✌👍










Seketul Farahin menamatkan zaman bujangnya ~

$
0
0
Assalammualaikum.

Al-kisah, dah dekat setahun rupanya tak update blog. Last masa zaman mengandung dulu.
Sekarang dah zaman menjaga baby. Hahaha. Busy sangat jaga rumah tangga sampai dah lupa nak update belog.

Kerja pun banyak, kadang rasa nak pancitkan tayar kete boss je. Nasib la boss baik bagi angpow CNY. Sekarang kerja tengah slow down, maka kita ber'huhuhu' update belog yang tidak semenggah sangat ini.

Alhamdulillah. Kehidupan aku nampaknya seperti biasa. Menjalani kehidupan sebagai rakyat marhaen yang berjuang meneruskan kehidupan setiap hari di kota metropolitan ini.

Dulu masa sekolah menengah, tak pernah aku teringin pun nak kerja dekat kawasan Selangor/KL ni. Tak suka duduk bandar! Taknak keje dekat bandar! Gitu la ayat-ayat aku dulu yang cakap mcm tak pakai otak sikit.

Sekali hamek ko! Nak duit ko bole cakap banyak ke? hahaha ~ Begitulah realiti kehidupan. Jika dah tertulis rezeki kita kat situ, siapalah kita untuk memilih lebih banyak lagi bila pilihan kita adalah terhad.

Alhamdulillah juga, aku dah berkahwin 2 tahun lepas, mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan sendiri setelah 20 tahun meroyan mencari pasangan hidup. Nampak tak baru nak update pasal dah kawen. Punya la busy life aku sampai nak cerita pasal aku dah kawen pun tak sempat.

Aku mula-mula sekali kenal suami aku ni masa aku umur 19 tahun, tahun 1 dekat UTM Skudai sekitar tahun 2009. Kenal bukan face to face ye, tapi dr laman sosial'Tagged'. Korang yang tak pernah tau kalau nak tau, dulu adalah zaman kegemilangan Myspace, Tagged, Friendster sebelum wujudnya menatang sosial zaman sekarang yang beranak pinak ni. HAHAHA

Sumber: Google 


Aku sejenis yang akan buat semua laman sosial yang membiak pada masa itu. Memula buat friendster, kalau bole hari-hari nak bukak friendster. Al-maklum la, addicted. Then buat la Myspace, Tagged jadah tu bila ada kawan buat.

Ok, kat Tagged ni aku suka main Mafia Wars & Pets. Mafia Wars ni aku dah tak hengat jadah hayam game dia macam mana tapi aku tau dulu aku suka bukak. Ape mende je la aku main dulu. Haih, tak paham.

Ni Mafia Wars. Lupa dah main dia macam mana entah!


Lepas tu main Pets tu, dia bole beli orang, setiap profile ada harga masing-masing. Kalau kita banyak duit bole la beli orang-orang yang kita suka. Ada yang mahal ada yang murah. Ada yang buat sampai lima ploh akaun sebab nak naikkan harga profile dia. Aku layankan aje. Lagi hot gamba profile ko, lagi hot la org cuba nak membeli ko. Gitu ~

Ni antara yang kaya-kaya lah ni. Haha! 


Game Pets dekat Tagged dulu. Uish memang dulu macam takde keje main benda alah ni. 


Aku kenal suami aku ni sebab dia 'Hi' aku dulu kat Message. Ala ni mesti dia spam 'Hi' kat semua pompuan. Aku memang sejenis rajin melayan kalau banyak masa, aku akan reply semua hi tu.

Kadang annoying jugak sebab penat nak jawab soalan default macam "Nama sape? Umur berapa? Belajar lagi ke? Dah makan? Stay mana? Asal?"

Tapi suami aku ni kebetulan lah, masa kenal-kenal tu, ada lah mutual friend. Rupa-rupanya dia satu rumah dengan kawan baik aku masa sekolah SBPI dulu. Kawan baik aku tu lelaki lah kan. Jadi, aku macam ada topik la nak borak dengan dia. Zaman dulu bukan mcm zaman sekarang, internet susah dapat dulu. Online pun jarang. So, conversation memang makan tahun nak reply. 😅  Hahaha. Kalau kebetulan dua-dua tengah online, panjang la sikit berbualnya. Beliau pun selalu la beli aku kat game Pets tu sampai la dia papa kedana tak mampu nak beli aku lagi dah sebab value dah tinggi. Haha ~

Suatu masa, kitorang lost contact. Suami pun dah lupa password Tagged dia. Aku pun dah bosan bukak Tagged yang tak mendatangkan faedah tu. Kemudian peralihan monsun timur ke arah Facebook. Semua orang start bukak akaun Facebook. Aku buat jugak la akaun facebook tapi bukak nya jarang sebab dulu macam complicated Facebook ni masa mula-mula nak hadamkan style dia.

Hari berganti hari dan tahun berganti tahun. Aku semakin tua. Bila dah start umur 25 ke atas aku dah mula meroyan pasal jodoh sebab kawan-kawan semua da laris sold out tapi aku masih single mingle acah-acah menikmati zaman bujang tapi sebenarnya dah cuak tak laku-laku. Haha~ 😎

Hujung tahun 2013 aku mula sambung master kat UTM Skudai sepenuh masa. Sebab hasrat arwah ayah aku dulu nak aku sambung master. Kebetulan ade peluang, maka orang cakap grab the opportunity la kan. Then, aku mereput kat UTM Skudai tak ramai kawan, ye lah kawan-kawan semua dah kerja. Zaman Degree dengan Master memang berbeza gila. Zaman aku sambung Master, aku lebih banyak menyendiri, layan drama korea, memerap dekat hostel.

Tahun 2015, aku mula menjinakkan diri dengan 'Beetalk'. Benda alah ni kawan aku suggest la sebab aku selalu main 'Wechat' yang tah pape tu. Maklum la banyak sangat 'freetime' masa tu. Segala benda aku try. Hobi aku memang kenal-kenal orang ni. Tengok ragam orang. Tanya itu ini. Meluaskan skop kehidupan aku dari dalam dunia sendiri yang mcm tertutup tu. So, aku terjumpa la semula encik suami kat 'Beetalk'. 




Dia pun add aku dengan caption, 'Ni kawan S***** kan?'. Aku pun pelik sebab dia kenal kawan aku. Bile approve, borak-borak, 'Eh ini la mamat yang aku kenal 6 tahun lepas kat Tagged'. Kitorang pun selalu la borak menda tah ape-ape je kadang-kadang mengarut loyar buruk semua keluar.

Dari 'Beetalk' aku bagi no telefon aku, sambung dekat 'Whatsapp' sebab aku dah nak remove 'Beetalk' aku dek kerana serabut nak melayan orang-prang psiko dalam tu. Aku dulu sejenis yang susah nak ignore. Rasa macam satu KPI kalau berjaya balas semua-semua mesej tu kadang-kadang walaupun rasa annoying. Sekarang aku memang dah tak kuasa nak layan dah. Mungkin dulu banyak masa sangat kot. Haha~ 😂

Tapi aku ingat lagi suami aku cakap masa tu,'Dah tak main Beetalk sebab dah jumpa jodoh ke?'Lebih kurang macam tu la ayatnya. Hamboih! Hahahaha. 😜

So, kitorang pun start semula ice breaking lepas 6 tahun tak contact balik. Nak dijadikan cerita, rumah mak ayah dia pun dekat la dengan rumah mak ayah aku, tak de la dekat sangat tapi dalam sejam jugak la. Asal pun dari kampung. Lagilah pulak, ramai la mutul-mutual friend yang muncul. Kawan-kawan baik aku masa sekolah rendah kat Felda dulu ni kawan MRSM suami. Kawan-kawan aku masa aku sekolah SBPI adalah kawan suami masa dia kat universiti. Kawan-kawan aku masa kat UTM pulak jadi kawan dia masa zaman kerja dia lepas grad degree. Keciknya dunia.


Masa tahun 2015-2016, walaupun suami masa ni duduk area Gelang Patah, aku dekat UTM, kitorang tak pernah jumpa. Ada je beberapa kali beliau ajak nak belanja makan tapi aku kan jenis cuak sikit nak jumpa orang-orang yang aku kenal kat media sosial ni. Memang aku tak pernah jumpa pun. Tapi, one fine day tu, terbuka la hati aku nak pi jumpa. Itu pun lepas suami masa tu dapat offer kerja dekat KL dah, tak duduk JB lagi, lagi la takde masa nak jumpa entah bilanya. So, ambik la peluang ni nak jumpa sebelum suami berhijrah jauh. Masa ni tahun 2016 hujung tahun. Kira setahun kenal dekat alam maya, baru decide nak face to face la.

Suami pun ajak la makan dekat Ejohng Concept. Sekarang takde dah Ejohng Concept ni, da ganti kedai nama lain. Nervous baq hang toksah cakap la. Nasib la ada topik-topik pasal kerja suami yang bole jadi bahan bual. Ye la, lelaki ni payah kot nak cari topik borak. Bukan bole cerita pasal drama korea ke, baju fesyen baru ke, katak terbang ke. Diorang ni macam stone jugak la sebenarnya. Lagi lah baru mula-mula nak kenal. Lama la jugak lepak dari pukul 9 malam sampai pukul 12 malam. Entah ape je kitorang borak. 😁

Ejohng Concept tu. Dah ganti kedai lain sekarang ni. 


Kali kedua jumpa adalah sebelum encik suami bertolak ke KL, aku pulak nak viva hari tu. So, beliau datang UTM lunch sama. 😳 Memberi kata-kata semangat sekali la sebelum viva.

Ok masa graduation ni encik suami nak datang tapi aku tak bagi. Haha! Sebab kawan-kawan aku yang berjoyah tu nak datang. 


Tak lama selepas tu, beliau menyatakan hasrat nak ajak kawen. Aku lah yang masa tu macam terpinga-pinga. Macam aik, laju jugak ni. Fast track ke? Haha. Tapi masa tu aku layankan je la. Aku macam takde la cakap nak ke taknak sebab tak percaya lagi. Dia plan nak jumpa mak aku, kenal-kenal. Aku memang ada ramai je kawan lelaki, tapi kawan lelaki yang huha-huha je la. Jadi macam terkejut bila ada lelaki nak ambik aku jadi isteri, serius. Hekhekhek. Malu iteww 🙊

Masa birthday aku, dia ada la suruh florist deliver sejambak bunga ros. Uish, bole tahan jugak investment beliau masa ni. Sekarang? Hahaha. Ada tu pokok daun kesum ganti bunga ros dok tanam depan rumah. 😂😂

Hahaha. First time dapat bunga lelaki bagi. 🙈


Lepas beliau dah jumpa mak aku, aku pun dah jumpa parents beliau, terus decide nak bertunang and then kawen sebab umur pun dah makin meningkat. Nak tunggu apa lagi kan.


First time jumpa parents beliau masa raya. Gigih tu suami datang rumah kutip bawak pegi rumah parentsnya, lepas tu hantar semula balik rumah. Sebab sehala je dah dekat 90km. 😂


Aku pun macam tak percaya la jugak ada orang yang berkenan kat aku. Hahahahaha. Tapi ikut je flow masa tu. jumpa yang sekepala, sekufu, buat apa nak terus membujang kan. Ahaks!




My e-day 💓 Atie make-upkan pakai Mary Kay. Best!

Lepas grad, aku pun cari kerja sebab nak kumpul duit nak kawen jugak. Lagipun dah grad takkan nak menganga macam anaconda je kan duduk rumah. Alhamdulillah rezeki aku dekat Selangor. Masa tu suami pulak keje site dekat JB walaupun main office dekat KL. Entah macam mana rezeki la jugak tiba-tiba beliau kena based dekat HQ. Kitorang kira dekat la untuk buat persiapan kawen lepas bertunang. Bertunang pun tak lama, empat lima bulan je. Tahun 2017, aku graduate Master dan bertunang. Tahun 2018, aku berjaya menamatkan zaman bujang aku!

Aku banyak kenal suami pun masa kitorang beli persiapan tunang dengan persiapan kawen. Sebelum-sebelum tu tak ada masa sangat nak jumpa. Sebab beliau kerja KL, aku pulak menganggur dekat rumah. Once aku dah dapat kerja dekat Selangor and then beliau dapat la bertukar ke KL dari JB, baru la banyak jumpa itupun masa tu dah dekat nak bertunang dah pun. 😅

Sebelum kenal suami tu, aku macam dah demotivated dah, tak kawen pun takpe aku redha je. Tak sangka jugak la di saat aku pasrah tu, Allah datangkan jodoh akhirnya. So, uolss pun jangan putus asa, terus doa je. Kita tak nampak hikmah Allah nak bagi datang bila.

Alhamdulillah sekarang dah jadi mak bapak anak sorang dan sedang berharuk pikuk menguruskan keluarga kami. Masih lagi dalam usaha memperbaiki dan mengenali hati budi masing-masing. Doakan kami sekeluarga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah dan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kami. Wiwiwiwiw ~






Saya seorang engineer noob

$
0
0

 Hi all. 


Malas nak bubuh intro panjang-panjang. So pendek cerita sekarang dah dekat 3 tahun jugak la aku bergelar engineer. Best ke jadi engineer ni? Dah kalau makcik-makcik dengar jadi engineer ni macam gah je kan? "Eh, anak ko keje ape? Engineer ke? Kaya betul" Eh eh eh eh. Maaf makcik, sebenarnya mari kita ubah persepsi masyarakat sekarang. 


Profesion engineer ini ada banyak tangga dari level kuli sampai lah ke level kelas atasan, yang macam IR semua tu lah. So yang level kuli ni starting salary dari RM1,500 dan boleh pegi ke puluh-puluh ribu. Makcik-makcik mesti selalu bayang macam drama melayu keje engineer ade rumah banglo, kereta sport sebab kerja engineer tu kan. Ade je, tapi berapa percent je lah yang mcm tu, tu pun maybe sebab bukak bisnes sendiri. Engineer cum big boss of a company. 


So kalau yang starting salary RM1,500 ni dah macam gaji food panda lagi tinggi dari dia lah kan? Begitulah kehidupan. Tapi sebenarnya ramai je graduate dia grab je peluang tu bukan sebab gaji tapi sebab niat nak timba ilmu. Cuma maybe tak lama lah kot, dah setahun chow la lompat cari better offer and salary. 


Aku sebagai level master then masuk bidang ni, tak banyak penambahan dalam gaji aku. Tapi tu lah, aku masuk bidang ni memang aku tak expect nak bawak kelayakan aku dan expect ada effect pada gaji. Lain lah kalau masuk academic line. Cuma niat nak belajar dalam industri je la. Sekali dah masuk buat projek MRT, haa tu dia pening kejap. Hahaha. So far, aku dapat boss yang baik yang tau tanggungjawab dia dan back-up anak buah. Tu penting beb. Alhamdulillah. Walaupun increment dah lama takda, tapi nak jump company dan dapat perangai boss macam hampeh, aku belum ready. Makanya, aku redha je lah di sini. 


Sebagai engineer, memang learning process tu tak berhenti. Even ko dah level senior pun belum tentu ko sangat hebat. Tak semua mampu. Experience ko pada previous projek sangat memainkan peranan penting dan depends juga ko bermula pada company yang macam mana. Kalau ko start dengan company yang tough macam consultant, then good. Sebab ko akan boleh adapt dengan company-company yang kurang tough seterusnya sebab ko dah biasa workload banyak. Zaman muda adalah sangat bagus ko nak cari pengalaman. Macam aku zaman muda aku habis banyak pada master full time which is aku rasa ada rugi masa kat situ. 


Bila dah masuk 30-an ni, badan and otak dah tak macam dulu. Lagi dah ada keluarga, komitmen akan bertambah dari segi masa. Ko nak kena bahagi masa untuk keluarga dan kerjaya. Part ni, memang aku dah akui, aku kerja sebab nak cari duit bukan sebab passion compare to zaman muda dulu. But still aku minat apa yang aku buat. Cuma ko dah ada priority lain which is your family. So, masuk bahagian engineering untuk perempuan ni ok je, untuk site tak sesuai kut sebab diorang biasa kerja malam. Aku office based, selalunya boleh balik on time tapi ada urgent case kena bawak balik keje kat umah. Depends. Setakat ni company yang aku kerja sekarang so far so good. Mengamalkan work life balance. Done bebel.  

Kedai Cermin Mata Murah (Spek Murah) Sungei Wang - Eye Pro Vision semurah RM65 - Lot G111

$
0
0

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera readers!!


Last week aku ada pergi Sungei Wang. Kadang-kadang kawan aku sebut Sungai Wang. Plan asalnya jalan-jalan dengan officemate cari lunch. Tapi, sebab asyik terbabas nak masuk Pavilion, maka terus pegi Sungei Wang aje lah. Dekat Sungei Wang ni ada banyak kedai cermin mata. Dulu aku pernah buat sekali cermin mata dekat kedai EYE PRO VISION sebab kawan-kawan recommend cakap bagus. Memang bagus, tapi kali ni aku pergi survey-survey dulu kedai-kedai yang ada. 

Tapi lepas masuk dua tiga kedai, dapat layanan macam coldje, aku punplan terus pegi kedai cermin mata yang lama, EYE PRO VISION. Macam biasa, sampai aje depan kedai, seller dah welcome dekat pintu masuk dengan senyuman, very welcoming and friendly. Masa tu dah rasa vibes-vibes positif. Kedai pun terang, tak malap sangat nak survey-survey. Iye lah, yang masuk kedai spek mata ni biasanya yang ada masalah mata lah. Tak suka kedai mendung-mendung walaupun cantik macam hipster. Hahaha. 


Nampak je kedai ni, try masuk dulu. Memang puas hati layanan dia. 








Kedai ni serius murah. Memang budget aku kalau bab cermin mata bawah RM200je aku boleh keluar. Power mata aku dah makin naik pulak. So, EYE PRO VISION memang pilihan yang betul. Dahlah layanan friendly. Sini memang aku suka layanan semua staff dia. Even dari dulu lagi memang staff dia punya layanan tip-top. Tanya aje apa-apa. Bagus kot owner dia train staff. Senyum je all the time sambil layan customer konflik nak pilih cermin mata yang sesuai dengan muka.


Harga cermin mata di EYE PRO VISION untuk references:

Alpha Blue 420 = RM65

Alpha Blue 420 + UV = RM125

Murah kan??


Kalau nak extra feature boleh tambah lagi, memang tambah sikit je. Masih 2x ganda murah dari kedai-kedai lain.

Rambang mata tengok cermin mata macam-macam jenis. Jadi macam agak lama jugak la pilih. Plus, aku pakai contact lense, (sebab memang tak plan nak buat cermin mata baru, tapi sebab murah kan, alang-alang tukar terus). Untuk yang pakai contact lense ni, lepas cabut contact lense, kena rehatkan mata dalam 15 minit dulu baru boleh test rabun. Dengan cara macam ni, barulah kita test mata kita accurate















Officemate aku pun pening pilih cermin mata sebab memang banyak pilihan, ada lebih 1,000 jenis. Dekat setengah jam cari yang sesuai dengan muka, tak mau tudung kembang lah, nak yang sesuai dengan warna kulit lah, staff EYE PRO VISION siap cari & keluarkan stock baru dari store cabinet untuk cari yang kena dengan muka kita. See! Memang membantu sangat. 


Kitorangpun pilih la up-to-datepunye style, 'Korean Style'. Hahaha. 



Then, terus proceed test mata. Sekejap je test mata ni, nak check berapa power mata kita. 


Nanti dia akan tukar beberapa kanta untuk tengok yang mana paling jelas dengan mata kita.


Memang recommend lah, buat kerja pun laju. 


Kalau kita rasa macam tak nampak, bagitau je, nanti dia akan adjustkan semula untuk cari yang paling sesuai. Sebab cermin mata ni kita nak pakai lama, so kena buat betul-betul. 


Dah laowner kedai ni, peramah orangnya, fasih cakap Melayu. Rupanya owner kedai ni ada badminton court dekat Puchong dekat dengan Tesco Puchong. Besar pulak tu, baru tau


Untuk power lebih 400, ada additional cost sikit sebab kanta untuk power tinggi ni sepatutnya tebal, tapi dia dah tukarkan version nipis, so additional parttu lah. Tapi tak mahal pun. Masih lagi withinbudget, kat tempat lain for suredah jadi RM300- RM500 kalau yang macam ni. Eh taktau lah nak cakap apa murah dia. Rasa macam nak tukar tiap-tiap bulan. Hahaha!


Kanta yang normal orang guna ni namanya Alpha Blue 420. Tengok ni, aku sempat rakam staff  EYE PRO VISION semangat bagi penerangan pasal jenis kanta. Baru lah tau apa beza cermin mata biasa dengan jenis Alpha Blue 420ni



Nak yang ada UV protection pun ada tau. Yang boleh jadi gelap bilakena sinaran matahari pun, yess ada! Tanya je. Aku memang jenis banyak tanya, staff dia semua layan baik je.






Lepas dah siap test mata semua, kitorang pun pegi cari lunch. Dalam setengah jam lepas tu, William call bagitau cermin mata dah siap. Kitorang tak habis makan pun lagi 😂 


Memang pantas betul servis dekat EYE PRO VISIONni. Recommended sangat. So far, kalau nakrepeat buat spek pun aku akan pegi lagi EYE PRO VISION rasanya. Malas nak cari kedai lain dah
Masa kitorang datang tu pun, ada je orang yang datang tukar speklah, survey spek, ada yang sama-sama buat spek dengan kitorang, tapi EYE PRO VISION masih mampu memberikan layanan tip-top dan pantas. 





Lepasdah siap cermin mata, sesi try dekat muka pulak. Excited lah cerita dia buat spek baru. Sebab aku bukan jenis yang selalu tukar spek. Lepas tu kedai spek lain semua mahal, nak tunggu pegi Sungei Wang ni jauh nun kat KL, memang jarang lah cite dia aku pegi jalan-jalan KL sejak ada family ni. Zaman muda dulu boleh la kan

Sedikit tips untuk spek jenis besi macam yang aku pilih ni, spek jenis hipster ni maintenance leceh sikit, kadang skru dia susah nak ketatkan sebab minyak dari surrounding, sokena buka skru dan lap baru pasang semula, baru skru akan jadi ketat. Kalau tak pusing-pusing pun loose je. Jenis nijugakbila tak pakai tudung, dia mudah jatuh sebab tak grip, maka, boleh la alter bahagian belakang hinge dia bengkokkan sedikit bagi grip belakang telinga supaya tak mudah jatuh masa kita tunduk. Ni tips untuk mereka yang hadapi masalah macam aku. 
























Yeay! Puas hati dengan wajah baru ni. Sesuai jugak la pakai style korea ni. Eh terperasan pulak. 😁 
Ape-ape pun, thanksto EYE PRO VISION sebab melayan karenah customer. 

Siapa yang naik LRT boleh turun kat stesen Hang Tuah , sampai stesen Hang Tuah kena tukar ke monorail dan ambik monorail ke Bukit Bintang. Sampai Bukit Bintang turun dan terus masuk ke Sungei Wang Plaza.

Korang kalau naik escalator ke Ground Floor, sampai je Ground Floor tengok kiri. Nampak lahEYE PRO VISION. Tapi aku tak sure laescalator sana ada empat, lima ke. Hahaha. Nampak macam satu je.






Alamat                : Lot G111 Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang
Waktu Operasi  : 11 pagi - 6 petang
Contact Person  : William (016-3771304)




Viewing all 114 articles
Browse latest View live